Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Saturday, October 1, 2011

Isu Namawee: Luahan Rasa Pemimpin UMNO Akar Umbi. Bagaimana Pula Dengan Kita Semua?


Hebat! Tulisan dibanner Namawee benar-benar 'melambangkan' 
ciri-ciri 1Malaysia yang dilaungkan kerajaan.

Sokongan dan pujian kepada si PENGKHIANAT NEGARA, Namawee, adalah satu bentuk penghinaan kepada Maruah & Kedaulatan Negara, khususnya kpd Anak Bangsa Melayu Islam Malaysia. 

Kepimpinan Tertinggi Melayu tidak seharusnya sanggup menggadai apa saja demi untuk meraih sokongan kaum Cina yang belum pasti akan mengundi BN pada PRU13. 

Kepimpinan Melayu juga tidak seharusnya memperlekeh dan mengambil ringan sokongan anak bangsa sendiri. Melayu juga perlu perhatian, perlu pengiktirafan & perlu merasa dihargai atas sokongan yang diberikan selama berpuluh tahun. 

Sokongan, pujian, keistimewaan yang telah diberikan kepada Namawee adalah satu tindakan "menikam dari belakang" terhadap kesetiaan Melayu kepada Kerajaan Barisan Nasional. Kepimpinan Melayu harus kembali kepada asas perjuangan, mempertahan serta memartabatkan Agama dan Bangsa. 

Ingatlah, kalau bukan kerana sokongan anak bangsa, kepimpinan Melayu TAK MUNGKIN berada di mana mereka berada sekarang. 

Ayuh anak bangsa, ayuh BANGUN!!!. Kita nyatakan bantahan, KITA TUNTUT KEPIMPINAN MELAYU LEBIH MENGHORMATI, LEBIH MENGHARGAI SOKONGAN, KESETIAAN & PENGORBANAN ANAK BANGSA MELAYU DALAM PERJUANGAN UNTUK MEMASTIKAN BARISAN NASIONAL TETAP MERAJUI KERAJAAN & TANAH INI TETAP MILIk MELAYU ISLAM. 

Terima Kasih.

Fuad Abd Rahman
Setiausaha UMNO Bahagian Hulu Langat
Selangor Darul Ehsan.


Horas!: Satu persoalan mudah yang Horas! ingin tanyakan kepada rakan-rakan pembaca sekalian disini. Katakan sorang belia Melayu melakukan perkara yang sama seperti mana dilakukan Namawee. Sibelia Melayu tadi menghina serta memperlekeh kaum Cina, adakah MCA, Gerakan mahupun DAP akan membela, mengangkat dan menjadikannya idola belia seperti yang dilakukan segelintir pemimpin UMNO kepada Namawee? Atau mereka akan menjerit-jerit meminta belia tadi dikenakan tindakan yang keras?