Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Friday, April 15, 2011

Bila Dah Ketagih Menipu



Kalau dah biasa sangat menipu, lama kelamaan tabiat buruk tersebut akan jadi sebati dalam diri. Maka jadilah ketagih untuk menipu. Kalau sehari tak menipu, badan jadi tak berapa nak sedap. Sendi jadi lemah dan kepala otak jadi celaru.

Siapa yang kuat menipu tu?

Siapa lagi kalau bukan pencacai Pakatan Haprak. Sekarang ni, pencacai Pakatan Haprak sedang menjaja cerita palsu kononnnya calon-calon mereka menang besar undi pos di DUN N14 Meluan dan DUN N56 Balleh. 

Kasihan...nampak sangat pencacai Pakatan Haprak sudah kehabisan modal dan tak tahu apa yang patut mereka lakukan memandangkan majoriti calon-calon mereka kini semakin ditolak oleh pengundi-pengundi di Sarawak. Ceramah-ceramah yang mereka anjurkan pun boleh dikatakan tidak mendapat sambutan.

Pada juak-juak Pakatan Haprak, kalau nak menipu pun berpada-padalah. Jangan sampai mereka cipta cerita tahap bodoh sebegitu. 

Untuk pengetahuan rakan-rakan pembaca sekalian walaupun proses undian pos dijalankan lebih awal namun proses pengiraannya hanya akan dibuat selepas pukul 5 petang pada hari mengundi yang telah ditetapkan oleh SPR.

Maknanya undi pos bukan dikira lebih awal tetapi dikira sekali dengan undi-undi biasa yang dibuang dipusat pengundian. Selepas undi pos dan undi biasa selesai dikira barulah ianya diserahkan ketempat penjumlahan undi dimana keputusan siapa pemenang kerusi akan diumumkan.

Jadi dari mana pencacai Pakatan Haprak boleh tahu keputusan undi pos di kedua-dua DUN tersebut sedangkan ianya belum dikira lagi?

Ini sebenarnya adalah taktik kotor dan persediaan Pakatan Haprak untuk menyerang BN selepas hari pengundian dan keputusan diumumkan. Nanti. senanglah mereka menjaja cerita dan menjerit melolong kehulu kehilir mengatakan BN dan SPR berpakat menipu undi pos. Sedangkan yang sebenarnya menipu adalah mereka sendiri. 

Jahat sungguh pencacai Pakatan Haprak!