Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Saturday, April 9, 2011

Isu Video Seks: Keputusan Penubuhan Suruhanjaya DiRaja Terletak Ditangan Salahuddin Ayub?



Lagak Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub@Din Puduraya semakin menjadi-jadi semenjak kebelakangan ini. Beliau yang sering dikaitkan sebagai budak peliharaan Anwar Ibrahim didalam PAS ini nampaknya semakin perasan, seolah-olah dia mempunyai kata pemutus samada perlu atau tidak Suruhanjaya Siasatan DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat isu video seks yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim.

Dalam kenyataannya kepada Utusan Malaysia semalam, Din Puduraya berkata, beliau sedia mempertimbangkan  penubuhan suruhanraya diraja tersebut. Bagaimanapun pertimbangannya itu tertakluk pada matlamat sebenar penubuhan suruhanjaya berkenaan.

Tambah Din Puduraya lagi, pendirian muktamadnya berhubung cadangan itu hanya akan ditentukan selepas dia melihat terlebih dahulu syarat-syarat, terma serta objektif suruhanjaya diraja yang mahu ditubuhkan itu. 

Dalam pada itu sempat juga Din Puduraya mengelentong, kononnya rakyat negeri Sarawak semakin menerima dengan baik calon-calon PAS yang bertanding di PRN negeri tersebut apabila ditanya oleh wartawan Utusan...kah kah kah!..

Hello Din! Jangan nak perasan lebih-lebih lah. Pakatan Rakyat memang langsung tak mahu suruhanjaya diraja untuk menyiasat video tersebut ditubuhkan. Jadi tak payah lah kamu nak berlakon konon-kononnya perkara tersebut akan dipertimbangkan.

Hadi Awang. Nasharudin Mat Isa hatta Nik Aziz sendiri tak cakap apa-apa pasal penubuhan suruhanjaya berkenaan, dia pulak nak cakap lebih-lebih. Tak malu ke Din? kamu tu dah macam jadi lebih sudu dari kuah.

Tambahan pulak DAP yang selama ini amat ditakuti oleh PAS bukan main lantang lagi menolak dan membantah cadangan tersebut. Jadi berani ke kamu untuk tidak menuruti kemahuan DAP wahai Din Puduraya? Jangan sampai terkencing dan tercirit dalam seluar kalau kena sergah dengan Karpal Singh dan Lim Kit Siang nanti.