Ada desas-desus yang tersebar mengatakan Raja Petra Kamarudin (RPK) telah meninggalkan agama Islam atau murtad.
Betul atau tidak penulis blog kontroversi yang lari meninggalkan negara ini kerana menjadi buruan polis itu memang benar-benar sudah murtad atau tidak...wallahu 'alam. Horas! tidak dapat mengesahkannya.
Tapi Horas! percaya desas-desus tersebut muncul kerana nama RPK terdapat dalam senarai mereka-mereka yang telah meninggalkan Islam seperti yang terdapat di laman wikiislam.net. Klik disini.
Mungkin juga nama yang terdapat didalam wikiislam tersebut adalah milik orang lain yang kebetulan pula memiliki nama yang sama dengan beliau. Kita tidak boleh menafikan kemungkinan itu.
Tapi jika dilihat dan diteliti maklumat yang terdapat dilaman web tersebut, nampak seolah-olah benar nama Raja Petra Kamarudin itu adalah milik penulis blog berkenaan.
Ada sesiapa boleh sahkan?