Ingatkan bila dah sampai hari membuang undi, juak-juak Pakatan Haprak akan berhenti dan berehat sebentar daripada menipu rakyat. Rupanya tidak sama sekali. Aktiviti menipu dan berbohong mereka berjalan macam biasa.
Kalau semalam mereka menipu dengan mengatakan calon-calon mereka menang besar undi pos di DUN N14 Meluan dan DUN N56 Balleh, hari ini mereka mencipta fitnah lain pula...kononnya BN telah mengarahkan petugas-petugas BN merosakkan kertas undi.
Kononnya, bagi memberi kemenangan mudah kepada calon-calon BN yang bertanding, petugas SPR dikehendaki merosakkan mana-mana kertas undi yang didapati memangkah calon-calon PR di pusat-pusat membuang undi tertentu, terutamanya di kubu-kubu kuat Pakatan Haprak.
Kalau betullah mengarahkan petugas SPR merosakkan undi adalah strategi BN untuk menang, sudah tentu Selangor, Pulau Pinang dan Kedah takkan jatuh ketangan Pakatan Haprah. Begitu jugalah halnya dengan Kelantan yang sudah lebih 20 tahun diperintah oleh PAS.
Tapi semua orang sudah tahu dan dapat membaca apa sebenarnya tujuan fitnah terbaru ini dibuat oleh juak-juak Pakatan Haprak. Juak-juak Pakatan Haprak sudah tahu mereka tidak akan mampu merampas Sarawak dari BN. Oleh itu fitnah tersebut diharap dapat membangkitkan rasa marah dan benci rakyat Sarawak kepada BN.
Mereka mahu menanam difikiran rakyat bahawa mereka kalah bukan kerana ditolak oleh pengundi, tapi mereka kalah kerana taktik kotor BN yang merosakkan kertas undi.
Juak-juak Pakatan Haprak memang jahat!!!