Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Wednesday, April 20, 2011

Kepada Juak-Juak PAS Dan PKR, Sedarlah Diri




Juak-juak PAS dan PKR selalu perasan kononnya Pakatan Haprak diterima baik oleh masyarakat bandar sementara UMNO atau BN pula tidak diterima. Kata mereka itu disebabkan masyarakat bandar mempunyai taraf pendidikan yang lebih tinggi, terdedah kepada banyak sumber maklumat dan lebih bijak dan pandai membuat penilaian.

UMNO dan BN pula kata mereka hanya diterima dikawsan luar bandar seperti di felda-felda dan kampung-kampung yang dihuni Melayu totok. Mereka tuduh dan hina pula masyarakat Melayu yang tingal dikawasan felda dan dikampung-kampung sebagai tidak berpendidikan, bodoh serta buta maklumat kerana masih mahu dan kekal memberikan sokongan kepada UMNO atau BN.

Pada juak-juak PAS dan PKR, sedarlah...kamu semua sebenarnya silap besar dan berada dalam keadaan bodoh yang melampau jika mengatakan Pakatan Haprak diterima dikawasan-kawasan bandar. Penduduk bandar yang majoritinya adalah kaum Cina sebenarnya tidak menerima Pakatan Haprak secara total. Mereka sebenarnya hanya menerima dan memberi sokongan kepada DAP.

Kerana apa mereka menerima dan memberi sokongan penuh kepada DAP? Jawapannya amat mudah wahai juak-juak PAS dan PKR yang buta mata dan buta hati. Tidak lain dan tidak bukan ialah kerana DAP yang bersifat rasis itu meletakkan agenda memperjuangkan nasib bangsa mereka sebagai keutamaan disamping mahu menghakis penguasaan Melayu dalam politik yang dimomokkan oleh DAP kepada kaum cina sebagai satu ancaman kepada masa depan mereka.

Mereka tolak parti MCA dan parti Gerakan yang menjadi rakan pakatan UMNO kerana percaya dengan hasutan DAP yang mengatakan kedua-dua parti tersebut hanya menjadi kuda dan amat patuh kepada UMNO. DAP menakut-nakutkan masyarakat cina dibandar-bandar dengan mengatakan pada mereka bahawa UMNO amat dominan didalam BN. 

Berlainan pula keadaanya dengan Pakatan Haprak. PAS dan PKR walaupun majoriti ahlinya adalah Melayu, tetapi mereka tidak dominan dan tidak mempunyai kuasa yang besar dalam Pakatan Haprak. Mereka hanya menjadi keldai tunggangan yang akur pada apa jua kehendak DAP. Dalam ertikata lain, yang menjadi tuan besar dalam Pakatan Haprak adalah DAP. Maka oleh sebab itulah maka berbondong-bondong cina yang tinggal dibandar-bandar memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada DAP.

Sokongan itulah yang ditafsirkan oleh juak-juak Parti Angguk Sahaja dan Parti Kencing Rakyat yang bengap lagi bingai sebagai sokongan padu kepada Pakatan Haprak. Mereka langsung tidak menyedari bahawa sokongan tersebut sebenarnya hanya untuk DAP..bukan kepada PKR dan jauh sekali PAS.

Maka jadilah PAS dan PKR seperti lebai malang. Kehulu dan kehilir tak ada siapa yang hendak. Diluar bandar dan kawasan-kawasan kampung yang majoritinya Melayu, mereka ditolak dan dibandar-bandar yang majoritinya masyarakat cina pula, mereka setakat malukut ditepi gantang...semata-mata menumpang sokongan yang diperolehi oleh DAP. 

Yang peliknya, sudah dalam keadaan macam tu pun juak-juak PAS dan PKR masih tak sedar-sedar diri lagi.