Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Monday, April 11, 2011

Kerana Takut Kepada DAP dan PKR, PAS Setuju Sistem Sekular Diamalkan Di Sarawak?



Lihatlah betapa hipokritnya perangai PAS. Walaupun gagal apabila diminta mengemukakan bukti, puak-puak lebai hijau karat tetap menuduh dan memfitnah kononnya UMNO menjunjung dan mengamalkan sistem sekular. Mereka tuduh UMNO langsung tidak menerapkan nilai-nilai Islam dalam urusan pentadbiran negara

Kata juak-juak PAS, selagi rakyat memberi kepercayaan kepada UMNO untuk terus mentadbir negara, maka selagi itulah negara ini akan terus menjadi negara sekular yang mengenepikan dan menolak Islam dalam asas pentadbirannya.

Dengan menggunakan alasan bahawa UMNO itu sekular jugalah PAS menghasut rakyat untuk membenci kerajaan. Tapi hakikatnya PAS adalah penipu besar. Di Sarawak lain pulak cerita mereka. Bersama DAP dan PKR, PAS bersetuju untuk menjadikan Sarawak sebagai sebuah negeri sekular. Ini terbukti melalui janji-janji yang terkandung dalam manifesto mereka ketika berkempen dalam PRN Sarawak ketika ini.

Apa kata kata mereka dalam manifesto tersebut?

"WE GUARANTEE FREEDOM OF RELIGION as enshrined in the Federal Constitution without any form of hindrance and make no discrimination in assistance and allocations to a particular belief or religion and in the process maintain the status of Sarawak as a secular State"


"KAMI MENJAMINKAN KEBEBASAN BERAGAMA seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan tanpa sebarang bentuk halangan dan tidak akan mendiskriminasikan dalam proses bantuan dan peruntukan bagi sesuatu kepercayaan atau agama, sekaligus mengekalkan status Sarawak sebagai sebuah negeri bersifat sekular".

Sekarang dah terbukti bahawa PAS memang penipu dan tak tentu hala arah perjuangannya. Disini kata lain...disana pulak kata lain. Disini kata menentang sekular...disana pulak kata sokong sekular. Semakin hari semakin banyak ludah yang dulu disembur pada UMNO balik kemuka PAS sendiri.

Semoga PAS cepat jahanam dan cepas pupus. Tiada kebaikan yang mereka bawa selain daripada kerosakan dan perpecahan kepada umat Islam dinegara ini.