PRN Sarawak dah pun selesai. Rakyat Sarawak sekali lagi telah memberi mandat dan kepercayaan kepada BN untuk terus mentadbir negeri mereka. Kerana apa? Kerana mereka yakin hanya BN yang mampu mengurus negeri tersebut dengan baik dan mampu untuk menjaga kebajikan mereka.
Kerana apa pula mereka tidak yakin dengan Pakatan Haprak? Jawapannya mudah, kerana mereka dapat melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana lintang pukang dan tak terurusnya pentadbiran Pakatan Haprak di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.
Maka Pakatan Haprak hanya mampu menggigit jari sambil menepuk dahi di Sarawak. Namun dalam pada menggigit jari dan menepuk dahi sendiri tu, juak-juak Pakatan Haprak masih sempat memaki hamun UMNO. Kononnya mereka kalah disebabkan oleh kerana UMNO guna taktik kotor.
Mereka tuduh UMNO bawa dan gunakan pengundi hantu, tuduh UMNO peras ugut dan takut-takutkan pengundi, tuduh UMNO gunakan SPR untuk rosakkan undi pada calon mereka, Tuduh UMNO beri rasuah pada pengundi dan entah apa-apa lagi.
Alahai juak-juak Pakatan Haprak! Mengapalah kamu semua bangang dan bebal sangat ni? Sebelum nak tuduh dan fitnah UMNO macam tu, fikir-fikirlah dulu. Janganlah membabi buta membuat tuduhan.
Kamu semua tuduh UMNO macam-macam, sedangkan UMNO langsung tak beranding pun diPRN Sarawak. Sudahnya juak-juak Pakatan Haprak jugak yang nampak bodoh..kah...kah...kah...kah...kah...!!!