Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Saturday, October 15, 2011

Hudud AlagaPAS: Lidah Dan Kepala Otak Juak PAS Yang Berbelit.



Juak PAS selalu kata mereka mahukan hukum hudud dilaksanakan dinegara ini. Kata mereka, undang-undang sedia ada seperti yang diamalkan selama ini adalah ciptaan British...ciptaan Yahudi dan mereka mahu ianya dihapuskan.

Hanya UMNO yang mengagung-agung dan sibuk mempertahankan undang-undang sivil sedia ada ini kata mereka lagi. 

Bila ditanya adakah hukum hudud itu akan turut dikenakan keatas bukan Islam...mereka jawab tidak. Ianya hanya akan dilaksanakan kepada yang beragama Islam.

Ooooo...macam tu!

Undang-undang sedia ada mahu dihapuskan dan diganti dengan hudud. Hudud pula hanya akan dikenakan kepada yang beragama Islam. Habis tu, yang bukan Islam mahu dihukum dibawah undang-undang yang mana pula?

Berbelit benar lidah dan kepala otak juak PAS ni.