Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Saturday, October 29, 2011

Perhimpunan Anti Namewee Hari Ini.



Semua dijemput untuk turut serta. 

Sebelum ini beberapa NGO telah membuat laporan polis berkaitan kebiadaban dan tindakan tidak bertanggungjawab Namewee yang dengan sengaja telah mencetuskan rasa tidak selesa dan menyemarakkan api perkauman diantara kaum dinegara ini.

Tapi amat mendukacitakan, laporan-laporan polis yang dibuat langsung tidak memberi kesan. Namewee sehingga kini tidak pernah didakwa atau diheret kemuka pengadilan. Bahkan dia terus aktif melahirkan 'karya-karya' kurang ajar dan biadabnya tanpa merasa bersalah sedikit pun.

Jadi, mari kita bersama mendesak pihak-pihak seperti Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia dan Pejabat Peguam Negara mengambil tindakan tegas keatas Namewee. Namewee perlu diberi pengajaran. Dia juga perlu diajar untuk bertanggungjawab diatas setiap perbuatan melampau dan kurang ajarnya.

Kita tidak mahu lebih banyak golongan muda seperti Namewee akan muncul dimasa akan datang...hanya dek kerana sikap pihak-pihak tertentu yang seakan-akan menutup mata dalam isu tersebut.