Rakan blogger keris7lok baru-baru ini ada mendedahkan tentang premis-premis menjual arak yang semakin subur tumuh disekitar Klang, Selangor. Baca disini.
Yang dahsyatnya ada diantara premis-premis menjual arak itu menjalankan operasi hanya dalam jarak 400 meter dari sebuah surau. Dan ada pula yang beroperasi dibawah pangsapuri.
Horas! sendiri sebelum ini sudah banyak kali mendedahkan tentang betapa berkembang biaknya penjualan arak dan kegiatan pelacuran di Selangor.
Sebenarnya bukan arak sahaja yang semakin berleluasa dijual di Klang. Perkhidmatan pelacuran yang tersembunyi dan berselindung didalam rumah-rumah urut juga turut sama semakin berleluasa. Kegiatan tidak bermoral ini seolah-olah sudah tidak dapat dikawal lagi.
Gambar diatas, yang dirakam dari satu iklan yang terdapat disebuah rumah urut di Klang dikirimkan oleh seorang rakan kepada Horas!.
Menurut rakan Horas! itu, banyak lagi iklan-iklan seperti itu yang terpampang disana. Cuma saiz, warna dan ayat-ayatnya sahaja yang berbeza...tapi perkhidmatan yang ditawarkan hampir sama kesemuanya.
Lihatlah betapa beraninya pihak-pihak yang terlibat dalam perniagaan tersebut mengiklankan apa yang mereka tawarkan secara terbuka.
Mengapa mereka menjadi sebegitu berani? Adakah kerana ada pihak-pihak tertentu, yang mempunyai kuasa dalam urusan pentadbiran negeri Selangor melindungi mereka? Rakan-rakan pembaca sekalian fikir-fikirkanlah sendiri pihak mana yang berpotensi melindungi mereka.
Dalam hal ini usah diharapkan pada PKR untuk mengatasinya. Apalah yang boleh diharap dari parti politik yang satu sen pun tak berguna itu. Tambahan pula ketua 'agungnya'nya sendiri pun kuat melanggan pelacur.
PAS yang patut bertanggungjawab. Bukankah PAS yang selama ini berdegar-degar bercakap kononnya mereka akan berusaha menentang dan membasmi apa sahaja kemungkaran dan maksiat yang berlaku dinegeri-negeri yang mereka ada kuasa didalamnya?
Lebih dari itu, bukankah pemimpin PAS juga yang beriya-iya bercakap mahu menjadikan Selangor sebagai 'Mini Serambi Mekah'? Baca disini.
Tapi mengapa dalam hal maksiat yang semakin menjadi-jadi di Klang puak PAS hanya mengambil sikap menutup mata dan berdiam diri tanpa mahu mengambil sebarang tindakan untuk mengatasinya? Tak payahlah beriya-iya bercakap mahu menjadikan Selangor 'Mini Serambi Mekah' kalau arak dan pelacuran berkembang biak didepan mata pun dibiarkan sahaja.
Lihatlah betapa hipokritnya perangai PAS. Cakap mereka tidak pernah serupa bikin. Tapi biasalah PAS...yang haram boleh menjadi halal kalau kena pada batang hidung mereka.
Lagi pun buat apa nak susah-susah menentang maksiat dan kemungkaran yang berlaku di Klang itu. Sampai masanya nanti...apabila sudah tersepit dan terdesak, salahkan saja UMNO...habis cerita. Bukankah itu sikap dan mentaliti puak PAS selama ini?