Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Sunday, October 30, 2011

Kenyataan Akhbar GAN Dan Sekitar Demo Anti 'Namewee Celaka'.

KENYATAAN AKHBAR
PERHIMPUNAN GERAKAN ANTI NAMEWEE (GAN) HULU LANGAT


Gerakan Anti Namewee (GAN) tercetus dari rasa tidak puas hati ahli-ahli akar umbi UMNO dan NGO-NGO di Hulu Langat terhadap pihak tertentu yang dilihat seakan menutup mata dan terlalu berlembut dalam menangani sikap biadab serta perbuatan melampau Namewee yang jelas telah menghina negara, agama Islam serta orang-orang Melayu. 

Ketidakpuasan hati ahli-ahli akar umbi UMNO dan NGO-NGO di Hulu Langat semakin memuncak apabila melihat seolah-olah ada pula usaha untuk mengangkat dan menjadikan Namewee yang begitu biadab itu sebagai ikon 1Malaysia. Malah karya-karya biadabnya dikatakan pula sebagai sesuatu yang kreatif. 

Selepas mengubahsuai lagu kebangsaan ‘NEGARAKU’ menjadi ‘NEGARAKUKU’, yang antara liriknya ada menyebut bahawa kaum Melayu hanya layak tinggal didalam hutan dan azan subuh disamakan seperti kokokan ayam, yang mana ianya pernah menimbulkan kemarahan orang ramai, namun Namewee tidak pernah serik. Dia tetap tampil dengan video-video klip lain yang didalamnya dipenuhi dengan kata-kata kesat serta lucah. 

Video-video klip tersebut sehingga kini masih boleh ditonton dengan mudah oleh sesiapa sahaja dilaman Youtube. 

GAN khuatir, sekiranya Namewee terus dibiarkan bebas menghina atau mencerca maruah dan kedaulatan negara, agama Islam atau mana-mana kaum, jejak langkahnya itu akan dijadikan contoh dan ditiru pula oleh remaja-remaja lain. Kita tidak mahu muncul lebih ramai lagi golongan muda yang melahirkan hasil ‘seni’ yang biadab dan kurang ajar semata-mata atas alasan kebebasan berkarya. 

Perkara tersebut perlu dielakkan kerana GAN percaya, rakyat Malaysia tidak kira apa latar belakang kaumnya menolak budaya kurang ajar dan biadab yang dibawa dan cuba disuburkan oleh Namewee. Tambahan pula ianya juga amat bertentangan dengan konsep 1Malaysia yang antara pengisiannya menyeru rakyat pelbagai kaum agar hormat menghormati diantara satu sama lain. 

GAN berharap, melalui gerakan ini, pihak berkuasa, terutamanya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Pejabat Peguam Negara dapat mengambil tindakan tegas serta mendakwa Namewee mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada bagi memberi pengajaran kepada beliau agar tidak bermain dengan api perkauman lagi dimasa hadapan. 


Fuad Abdul Rahman
Pengerusi
Gerakan Anti Namewee (GAN) Hulu Langat.

30hb Oktober 2011

Terima kasih pada semua yang hadir dalam perhimpunan anti Namewee siang tadi. Terima kasih pada wakil-wakil akhbar yang membuat liputan. Terima kasih juga pada rakan-rakan blogger yang memberi sokongan dengan mewar-warkan perhimpunan tersebut.

Selepas ini, seperti mana yang telah dirancang, GAN akan melaksanakan tindakan selanjutnya bagi membuka mata SKMM dan Pejabat Peguam Negara yang selama ini dilihat seolah-olah menutup mata dengan perbuatan biadab Namewee melalui 'karya-karyanya'.