Juak-juak PAS selalu mengaku kononnya mereka adalah pejuang Islam sejati. Mereka juga selalu mengaku bahawa mereka sentiasa mencontohi akhlak dan peribadi Rasulullah SAW.
Benarkah apa yang mereka katakan itu?
Kalau ditanya pada Horas!, Horas! akan jawab jauh panggang dari api. Itu sebenarnya hanya perasaan mereka sahaja. Atau lebih tepat lagi mereka sebenarnya perasan.
Pejuang Islam sejati apa ke namanya kalau mulut kuat memaki hamun, menyumpah seranah dan merendah-rendah serta menghina orang lain? Mencontohi akhlak Rusulullahkah kalau berperangai macam beruk kena belacan dan langsung tidak menghormati kaum wanita yang lemah? Lihat disini.
Tapi kalau mereka kata perangai mereka sebijik sama macam KHAWARIJ, ya! itu Horas! setuju 100%. Memang tanda-tanda KHAWARIJ itu ada dan amat ketara dalam diri kebanyakan juak-juak PAS. Kalau rakan-rakan pembaca sekalian mahu tahu apa itu KHAWARIJ dan apa ciri-cirinya, boleh klik disini.
Berbalik pada tajuk diatas, dulu puak-puak PAS ini pernah menghina dan mencerca TS Muhyiddin Yassin hanya kerana Timbalan Perdana Menteri itu mengimamkan solat maghrib di Masjid Darul Na'aim di Petra Jaya, Sarawak. Pada mereka TS Muhyiddin langsung tidak layak menjadi imam. klik disini.
Hari ini mereka hina pula DS Najib hanya kerana gambar diatas. Macam-macam hinaan yang mereka lemparkan, seolah-olah DS Najib seorang yang amat-amat jahil dalam soal agama.
Mari kita lihat apa komen puak-puak PAS berkaitan gambar diatas yang sempat Horas! ambil dari tranungkite.net yang sedari dulu memang sudah terkenal sebagai sarang mereka membuat fitnah dan memaki hamun sesiapa sahaja yang mereka tidak suka.
Lihat pula berapa ramai juak PAS yang berada disekeliling Nik Aziz ketika dia sedang menunaikan solat. Lihat juga berapa ramai yang mengambil gambar beliau.
Dalam gambar yang terakhir ini Horas! tidak pasti samada Nik Aziz tidur atau pengsan. Tapi lihat saja berapa ramai juak PAS yang berkeliling disitu. Ada yang siap tepuk-tepukkan paha Nik Aziz lagi.
Bila melihat gambar diatas, kalau mahu, boleh saja kita mengatakan Nik Aziz ini seorang yang riak dan suka menunjuk-nunjuk. Suka gambarnya dirakam ketika mengambil wudhu', bangga gambarnya diambil ketika solat...malah ketika tidur/pengsan pun dia mahu gambarnya dirakamkan.
Tapi seperti biasa juak-juak PAS akan katakan ketiga-tiga gambar diatas menggambarkan sifat Nik Aziz yang warak, soleh lagi zuhud.
Begitulah perangai juak PAS. Kalau tentang pemimpin mereka...mereka akan puji melangit dan katakan yang baik-baik sahaja. Tapi kalau tentang pemimpin yang menjadi seteru mereka...akan mereka kutuk dan hina habis-habisan.
Itu yang dikatakan sikap pejuang Islam yang mencontohi akhlak dan peribadi Rasulullah? Jangan perasanlah. Bak kata Horas! tadi, jauh panggang dari api.
Rakan-rakan pembaca sekalian nilaikanlah sendiri sikap juak-juak PAS yang memberi komen diatas. Betapa buruknya perangai mereka. Suka memandang rendah dan memperlekehkan orang lain. Seolah-olah merekalah yang paling sempurna dan hebat dalam soal amal ibadah kepada Allah.
Sekarang mari kita lihat pula gambar dibawah.
Lihat berapa ramai juak-juak PAS yang berkumpul melihat Tok Guru mereka berwudhu'. Berwudhu' pula sengaja ditepi sungai biar orang ramai boleh nampak.