Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Tuesday, October 18, 2011

Terbukti PAS Hanya Sanggup Berhimpun Jika Diarahkan Oleh Ambiga.



Akhirnya, dalam mesyuarat lajnah politiknya malam tadi, PAS membuat keputusan dan pendirian untuk tidak terlibat dalam 'Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) Mempertahankan Aqidah' yang dijadualkan berlangsung pada 22 Oktober 2011 ini di Shah Alam.

Untuk pengetahuan rakan-rakan pembaca sekalian, antara matlamat 'Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) Mempertahankan Akidah' diadakan adalah untuk mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa cubaan memurtadkan sekumpulan umat Islam di Selangor tidak lama dulu.

Selain itu, ianya juga bertujuan untuk menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.

'Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) Mempertahankan Akidah' ini dikatakan mendapat sokongan padu daripada lebih 2000 NGO yang dipercayai mewakili sekitar empat juta orang Islam di negara ini.

Alasan PAS tidak mahu terlibat dalam HIMPUN cukup mudah...kononnya kerana program tersebut tidak melibatkan mana-mana parti politik. 

Memanglah penganjur tidak mahu melibatkan mana-mana parti politik, tapi pihak penganjur tidak ada pula meletakkan syarat bahawa mana-mana ahli atau penyokong parti politik tidak boleh menyertainya. 

Jika tidak mahu terlibat sekalipun, PAS sepatutnya menggalakkan ahli-ahlinya untuk menyertai perhimpunan tersebut atas tanggungjawab sebagai seorang Islam yang mahu mempertahankan agama dan akidah saudara-saudara seagama yang kebelakangan ini kian giat cuba dipesongkan oleh pihak tertentu.

Tapi nampaknya itu pun tidak berlaku.

Sekarang jelaslah pada kita semua bahawa PAS hanya akan sanggup mengerahkan ahlinya berhimpun secara besar-besaran hanya jika hasilnya memberi keuntungan politik pada mereka. 

Jika tidak memberi keuntungan politik, mereka tidak akan berminat untuk menyertainya...walaupun perhimpunan tersebut dibuat atas nama agama serta demi kepentingan umat Islam sendiri.

Selama ini mereka mengaku perjuangan mereka adalah demi memartabatkan agama. Tapi bila ada program yang dianjurkan atas tujuan tersebut dan memerlukan pula sokongan daripada umat Islam dinegara ini...merekalah yang paling awal tarik diri dan membuat keputusan tidak mahu terlibat.

Horas! percaya, jika Ambiga pula mahu mengadakan demonstrasi BERSIH 3.0 minggu depan dan minta PAS turut menyertainya, pasti dengan serta merta mereka akan setuju. Berdiri dibarisan paling hadapan pun juak-juak ni sanggup. Mereka akan kerahkan ribuan ahli mereka membuat kecoh dan huru hara dijalanan.

Kerana apa?

Kerana ada kepentingan serta keuntungan politik disitu dan politik pula adalah segala-galanya pada PAS.

Nampaknya sedikit demi sedikit, Allah SWT telah tunjukkan pada kita semua siapa PAS dan apa matlamat mereka yang sebenarnya.