Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Tuesday, March 13, 2012

Adakah Jenazah Orang Islam Selepas Ini Perlu Dikebumikan Dihalaman Rumah Masing-Masing?


 

Pada mana-mana orang Islam yang melakukan kesilapan kerana memberi sumbangan dalam bentuk undi hingga Pakatan Rakyat yang dikuasai oleh DAP berjaya membentuk kerajaan di Selangor semasa PRU12 dulu...jadikanlah kesilapan itu sebagai satu pengajaran yang pahit.

Lihat apa yang dilakukan oleh DAP hasil dari kepercayaan dan undi yang telah anda berikan.
Ini kisah berhubung tanah perkuburan islam di Kota Kemuning Shah Alam dimana ianya terletak di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam.  
Sebidang tanah seluas 5.5 hektar telah disediakan pemaju untuk dijadikan tanah perkuburan islam dikawasan Kota Kemuning dan sekitarnya. Bagaimanapun, setelah bertahun-tahun penduduk islam yang menghuni kawasan tersebut tidak dapat menggunakan kubur itu untuk urusan pengkebumian jenazah penduduk setempat yang meninggal dunia kerana mendapat tentangan dari penduduk bukan islam.  
Campur tangan MBSA dan pemimpin setempat tidak menyelesaikan masalah, malah kes dibawa pula ke mahkamah oleh 147 orang penduduk bukan islam Kota Kemuning dan Kemuning Greenville. Sehingga kini kes masih lagi di mahkamah. Difahamkan sebelum kes dibawa ke mahkamah ada 2-3 jenazah telah dikebumikan disitu. 
Itulah sebahagian gambaran bagaimana susahnya untuk orang-orang islam nak buat kawasan kubur walaupun kawasan tersebut telah digazetkan sebagai kawasan perkuburan. Hinggakan terpaksa berentap di mahkamah bertahun-tahun.
Sumber: rbfonline 
Dan ini pula apa yang didedahkan oleh Sel13.com...

Lima lot tanah bernombor 3868, 3869, 3870, 3871 dan 3872 yang luas keseluruhannya 49 ekar, terletak di Seksyen U14 Shah Alam, Mukim Bukit Raja,Daerah Petaling telah dimajukan sebagai tanah perkuburan bukan islam oleh sebuah syarikat swasta bernama Premivest Sdn Bhd bersama sebuah syarikat sekutunya Fairy Park Sdn Bhd. 
Kedua-dua syarikat berkenaan tidak mendapat sebarang kelulusan dari Pejabat Tanah serta Majlis Bandaraya Shah Alam untuk menjalankan urusan pengkebumian jenazah bukan islam secara komersial. Tanah tersebut masih lagi berstatus pertanian sehingga kini. Sehingga kini juga lebih kurang 1000 jenazah telah dikebumikan di kawasan tersebut. Syarikat berkenaan juga turut membina pintu gerbang, krematorim dan kolumnbarium diatas tanah tersebut tanpa sebarang kelulusan .
Selanjutnya klik disini.

Kredit foto: relaxjom.blogspot