Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Thursday, March 15, 2012

Awas UMNO/BN! Warga Hulu Langat Dah Merasa Nikmatnya Konsep Negara Kebajikan PAS.

Semua sudah sedia maklum Hulu Langat - terutamanya kampung-kampung yang berada dikawasan DUN Dusun Tua - dilanda banjir besar baru-baru ini. Dikatakan banjir yang melanda itu adalah yang terburuk dalam tempoh 20 tahun.

Banyak rumah yang ditenggelami air. Kereta, motorsikal dan lain-lain harta benda penduduk pun banyak yang musnah.

Kalau rakan-rakan pembaca sekalian lalu dijalan Hulu Langat, kesan-kesan tinggalan banjir itu masih boleh dilihat. Malah masih ada penduduk yang belum selesai lagi membersihkan kediaman masing-masing dari kesan lumpur dan sampah sarap.

Sehingga kini, UMNO Bahagian Hulu Langat yang diketuai oleh YB Datuk Hj Johan Abdul Aziz masih bertungkus lumus memberi bantuan bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh penduduk-penduduk yang terjejas. 

Bantuan dalam bentuk kewangan dan barangan keperluan dicari dari pelbagai sumber. Alhamdulillah...setakat ini banyak bantuan yang diterima dari pihak-pihak yang prihatin.

Bantuan tersebut mungkin tidak dapat menampung kerugian atas kehilangan dan kerosakan harta benda yang terpaksa ditanggung oleh penduduk yang menjadi mangsa banjir itu. Tapi Horas! yakin, sekurang-kurangnya ia dapat meringankan sedikit beban mereka.

 Sumbangan yang dihulurkan oleh Bank Rakyat 


 Para petugas bertungkus lumus menyediakan makanan untuk mangsa-mangsa banjir 5 hari berturut-turut.

Pemimpin MCA Hulu Langat turut sama membantu.

 KP Selangor dan KP Sungai Besar antara ketua-ketua pemuda luar yang turut sama menghulur tenaga.

Puteri dari bahagian lain menyinsing lengan membantu membersihkan rumah mangsa banjir.


Sekarang mari kita lihat bantuan yang dihulurkan oleh PAS pulak.



PAS buat konsert beb!
Sebelah atas tajuknya sempena musibah banjir. Tapi yang disebelah bawah lain pula bunyinya, sempena semarak hijau DUN Dusun Tua yang mana ianya ada unusr-unsur untuk kepentingan politik.

Aneh! PAS seolah-olah mahu warga Hulu Langat bergembira dan bersuka ria menyambut musibah banjir yang menimpa mereka. Agaknya mungkin ini saja cara yang mampu difikirkan oleh PAS bagi mengurangkan bebanan dan kesedihan magsa-mangsa banjir itu.

Persoalannya, perlukah mangsa-mangsa banjir yang mengalami kemusnahan dan kehilangan harta benda kepada konsert ini?

Amat terdesakkah mereka untuk mendengar nyanyian Mawi ketika ini? 

Yang mana lebih mereka perlukan...bantuan kewangan dan keperluan asas atau konsert anjuran JPD Dusun Tua dan Parlimen Hulu Langat?

Sendiri mau ingatlah...

Syabas kepada PAS kawasan Hulu Langat. Inilah konsep negara kebajikan alagaPAS...membantu sungguh.

Horas!: Masa konsert tengah jalan nanti...akan berlegarlah tabung PAS minta diisi. Duit mangsa banjir yang tengah kesusahan pun PAS nak sakau...