Christopher Columbus
Meninggal dunia pada tahun 1506. Lelaki ini menemui benua Amerika (New World) pada tahun 1942. Selepas pelayarannya yang ketiga ke Amerika, raja Sepanyol mula tidak berpuas hati dengan pencapaiannya sebagai gabenor disana.
Dia dibawa pulang kembali ke Sepanyol dalam keadaan dirantai. Dua tahun terakhir dalam hidupnya, penjelajah terulung ini tidak mempunyai wang, walaupun hanya untuk membeli makanannya sendiri.
Wolfgang Amadeus Mozart
Penggubah muzik hebat yang lahir pada tahun 1756 ini mula berkarya seawal usianya 5 tahun. Diakhir hayatnya, dia hidup dalam keadaan melarat kerana tidak mempunyai sebarang hasil pendapatam akibat tidak mampu bersaing dengan pengubah-penggubah lagu pada masa itu.
Beliau meninggal dunia pada tahun 1791 (ketika berusia hanya 35 tahun) dalam keadaan papa kedana. Kuburnya juga tidak mempunyai batu nisan.
Thomas Jefferson
Lelaki ini pernah dua kali menjadi presiden Amerika Syarikat (1801 sampai 1809). Tidak lama sebelum kematiannya, beliau terpaksa menyerahkan semua harta kekayaan dan harta bendanya - termasuk tanah miliknya seluas 10,000 hektar - bagi melunaskan hutang yang diwarisi daripada bapa mertuanya.
Sebatang tongkat yang pemegangnya diperbuat dari emas serta seutas jam tangan perak, dua barangan peribadi yang paling disayanginya turut dimbil oleh pemiutang. Beliau meninggal dunia pada tahun 1826.
Vincent van Gogh
Pelukis tersohor ini lahir pada tahun 1853. Semasa hayatnya, beliau sering hidup merempat akibat tekanan perasaan dan penyakit jiwa yang dihidapinya. Beliau juga dikatakan pernah cuba untuk membunuh diri.
Sepanjang beliau berkarya, hanya sebuah lukisan yang pernah berjaya dijualnya. Akhirnya pada tahun 1890 beliau meninggal dunia dalam keadaan melarat dan papa kedana.
Kini lukisan-lukisan yang pernah dihasilkannya menjadi buruan pengumpul-pengumpul lukisan dan harganya mencapai belasan hingga puluhan juta ringgit sebuah.
Ulysses S. Grant
Beliau asalnya adalah seorang anggota tentera berpangkat jeneral. Beliau kemudiannya menyertai dunia politik dan berjaya menjadi Presiden Amerika Syarikat dari tahun 1869 hingga 1877.
Selepas jawatan presiden yang disandangnya tamat, beliau kemudiannya menceburi dunia perniagaan. Malangnya, akibat pengurusan yang tidak cekap, perniagaan yang beliau jalankan itu gagal dan bangkrap.
Dia terpaksa menyerahkan segala harta kekayaan yang dimilikinya bagi membayar hutang - termasuklah sebilah pedang yang dimiliki semasa perkhidmatannya didalam tentera yang paling disayangi. Beliau meninggal dunia tidak lama selepas itu, iaitu pada tahun 1885 dalam keadaan papa kedana.