Tak sampai sebulan turun ke Sungai Long merasmikan majlis pecah tanah sebuah SJKC dan mengumumkan pemansuhan 50% kutipan tol Grand Saga, DS Najib sekali lagi turun ke Hulu Langat.
Kali ini kerana beliau ingin meninjau sendiri keadaan kampung-kampung yang terlibat dengan banjir besar yang berlaku tidak lama dulu dan seterusnya menyampaikan sumbangan kepada mangsa-magsa terlibat.
Pemimpin UMNO/BN Hulu Langat dan seluruh warganya yang menyokong kepimpinan DS Najib dengan berbesar hati amat mengalu-alukan kedatangan beliau.
Sesungguhnya amat beruntung rakyat kerana memiliki seorang PM yang amat prihatin seperti DS Najib.
Setakat yang Horas! tau, selain MB Khalid Ibrahim, kepimpinan tertinggi PR seperti anak beranak Anwar dan anak beranak Lim Kit Siang serta Karpal tiada yang pernah menziarah bertanya khabar mangsa-mangsa banjir di Hulu Langat.
Begitu juga dengan kepimpinan tertinggi PAS seperti Mat Sabu, Mahfuz, Salahuddin Ayub mahupun Nizar. Langsung tak turun menziarah. Padahal negeri Selangor dibawah kuasa mereka.
Terlalu sibuk sangatkah mereka?
Sedangkan kalau mahu dibandingkan tahap sibuknya, sudah tentulah PM yang bertanggungjawab mentadbir dan mengurus negara beratus kali ganda lebih sibuk dari mereka.
Tak tahulah pula Horas! kalau mereka ada turun secara senyap-senyap pada waktu malam sewaktu orang lain semua dah tidur.
Kalau bercerita atau bercakap tentang menjaga kebajikan rakyat merekalah juaranya. Kononnya merekalah yang paling prihatin dan paling faham segala masalah yang dihadapi rakyat marhaen.
UMNO dan BN kata mereka zalim serta suka menindas dan menganiaya rakyat.
UMNO dan BN kata mereka selalu menipu dan tidakpernah peduli dangan untung nasib rakyat.
Pendek kata UMNO dan BN itu serba serbinya tak elok. Itu mereka jaja pagi, petang, siang dan malam.
Tapi bila berlaku musibah seperti bencana banjir yang berlaku di Hulu Langat, Horas! yakin ramai yang dapat menilai dan melihat pihak mana yang sebenarnya prihatin, memahami dan akan berusaha sedaya upaya menghulurkan bantuan.
Tak lain dan tak bukan adalah UMNO/BN.
Nak harapkan pemimpin-pemimpin PR...kirim salam lah.
Setakat berceramah dan memaki hamun mengutuk itu dan ini tak betul boleh la.