Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Wednesday, March 7, 2012

Hulu Langat Banjir Lagi...2

Ketika ini hujan masih lagi turun renyai-renyai di Hulu Langat.

Di sesetengah kawasan, air sudah surut sepenuhnya, namun ada juga sebahagian kawasan yang masih lagi ditenggelami air.

Banyak rumah penduduk yang mengalami kerosakan teruk. Ramai terpaksa meninggalkan rumah masing-masing dalam keadaan sehelai sepinggang kerana paras air meningkat dengan begitu cepat.

UMNO Bahagian Hulu Langat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat ketika ini masih lagi mengagih-agihkan bantuan seperti makanan, selimut, kain dll kepada mangsa banjir.

Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada Jabatan Pertahanan Awam, pasukan keselamatan serta agensi-agensi kerajaan yang berkaitan...yang dari malam tadi hingga kini masih lagi tidak henti-henti membantu mangsa-mangsa banjir.


Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, YB Datuk Hj Johan Abdul Aziz sedang mengagihkan
 bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.














Kredit foto: Jendela Semasa, Ko Yok, Mohd Hanis Husaini, Johnlabu Labi