Hulu Langat, terutamanya di DUN Dusun Tua ketika ini sedang dilanda banjir yang agak besar. Ketika ini hujan masih turun, cuma tidak lebat seperti beberapa jam yang lalu.
Kawasan-kawasan yang rendah habis dinaiki air. Jalan pun sesak teruk akibat banyak kenderaan yang terperangkap.
Ramai la yang tidur dalam kereta jawabnya....
Jentera UMNO Bahagian Hulu Langat ketika ini sedang sibuk membantu penduduk-penduduk dikawasan yang terjejas.
Pasukan bomba & penyelamat, pasukan polis, RELA, Jabatan Pertahanan Awam dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan pun sibuk memberi bantuan.
Harap-harap tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.
Kredit gambar: Yus Idris, Ahmad Zarani & Illi Fathirul