Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Saturday, March 3, 2012

Sampai Bila Harakahdaily Akan Sanggup Jadi Penipu Dan Penyebar Fitnah?


Ulamak, ustaz, lebai dan ahlul PAS kata membuat fitnah itu berdosa besar.
Bukan itu saja, bersubahat menyebar fitnah pun berdosa besar kata mereka.

Tapi rupanya hukum berdosa membuat dan menyebar fitnah tersebut hanya terpakai pada mana-mana pihak yang tak menyokong atau tak bersama-sama dengan mereka (PAS)

Kalau menyokong dan sanggup bersama-sama dengan mereka (PAS), hukum tersebut akan digugurkan dan tak akan tepakai sama sekali. 

Malah Harakah yang menjadi lidah rasmi PAS dengan bangga akan menyebar dan memanjangkan fitnah-fitnah yang dicipta oleh penyokong-penyokong mereka itu.

Tak percaya?

Dibawah ini ada buktinya.



Gambar dan berita berbentuk fitnah diatas, yang dijadikan bukti kononnya ceramah Dr Hasan Ali di Kg Melayu, Subang pada malam 28.2.2012 tidak mendapat sambutan, asalnya dicipta oleh seorang blogger pro PR.

Harakahdaily kemudiannya tanpa rasa bersalah terus mengambil tanggungjawab menyebarkan fitnah tersebut.

Sekarang mari kita lihat samada benar atau tidak apa yang disebarkan dengan rakus oleh harakahdaily itu.





Benarlah kata sesetengah rakan blogger, kalau tak menipu dan memfitnah...bukan PAS namanya. 

Keakraban PAS dengan dua sifat buruk itu ibarat aur dengan tebing.