Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Tuesday, January 10, 2012

Alahai Malunya! Sertai Tilawah Al-Quran Haram, Menyanyi Melalak Ditengah Jalan Halal.



Horas! sekadar mampu mengelengkan kepala bila melihat gelagat muslimah-muslimah PAS dalam video diatas. Rasa geli hati dan mahu ketawa pun ada.

Bayangkan, dulu PAS juga yang kata suara wanita itu adalah aurat...sampai ketahap wanita tidak dibenarkan menyertai tilawah Al-Quran.

Tapi lihatlah sekarang...semenjak bersekedudukan dengan DAP dan PKR, menyanyi tergedik-gedik meraban tengah jalan pun PAS dah halalkan.

Horas! malas nak komen panjang-panjang pasal video diatas. Rakan-rakan pembaca sekalian boleh baca kenyataan Nik Aziz yang Horas! tempelkan dibawah dan buatlah penilaian sendiri.

KELANTAN TETAP LARANG QARIAH SETAI TILAWAH
Written by Muhammad Yusri Amin

Menteri Besar Kelantan berkata, tindakan dilakukan sebahagian wanita Islam yang ghairah bernyanyi di depan khalayak ramai tanpa memikirkan masalah aurat dari segi pemakaian dan suara cukup dibimbangi
“Apakah orang Melayu khususnya golongan wanita boleh hidup dengan hanya bernyanyi semata-mata. Kita bimbang kecederongan itu merebak memandangkan tiada usaha kita untuk menyekatnya. 
"Di Kelantan sejak 1990 lagi kita mengekang gejala tersebut di mana wanita dewasa tidak dibenarkan mempersembahkan nyanyian di depan khalayak ramai," katanya ketika menerima kunjungan Pegawai Unit Dakwah Halaqat di pejabatnya, baru-baru ini. Rombongan itu diketuai Ketua Unit Dakwah Halaqat Ngeri, Ustaz Abdullah Abdul Razak.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, kerajaan negeri juga mengambil keputusan tidak membenarkan wanita menyertai tilawah al-Quran yang diadakan setiap tahun. 
Katanya, usaha tersebut dilakukan bagi menjaga aurat wanita dari segi suara. 
Beliau juga berkata, walau pun ada pendapat mengatakan suara wanita itu khilaf pada pendapat sesetengah ulama, namun kita memilih mazhab yang berpendapat suara wanita itu aurat. 
Hujah itu disokong Ustaz Abdullah dengan merujuk Imam Shafei pada risalahnya, 'Hukum Nyanyian' yang menyatakan pemilik jariah apabila berkumpul mendengar nyanyiannya, maka dialah orang yang bodoh dan tertolak syahadahnya. - mj 
sumber : http://khalifah04.harakahdaily.net
PAS memang kluk klek...Anwar Ibrahim punya pasal, semua jadi halal.