Seperti biasa, untuk cover malu dan kesilapan sendiri, ada puak PAS yang cuba spin isu tersebut dengan mengatakan yang menjerit meroyan dalam video berkenaan bukanlah muslimat PAS...sebaliknya sekumpulan wanita UMNO yang menyamar sebagai muslimat PAS.
Tapi bila tahu spin tersebut nampak terlalu bangang dan tak akan mampu diterima oleh manusia yang berfikiran waras...akhirnya muslimat PAS tampil membuat pengakuan bahawa memang benar mereka yang beraksi tergedik-gedik dalam video tersebut.
Mari kita baca kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud dan Aiman Athirah Al Jundi (Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat) dalam usaha mereka menegakkan benang basah mereka berkenaan isu tersebut.
"Rakaman itu sebenarnya hendak ditujukan kepada ahli-ahli PAS dan penyokong PAS yang tidak hadir di Himpun 901 dan akan melihat rakaman tersebut di luar konteks peristiwa.
Sesiapa yang ada bersama pada Himpun 901 tahu yang sebahagian Muslimat PAS dan wanita yang hadir telah berhimpun di satu sudut tempat berhimpun untuk bermunajat kepada Allah SWT untuk membebaskan AnwarKami telah mengetuai bacaan Ma’thurat dan Yasin. Malah pengumuman pembebasan Anwar diumumkan sebaik sahaja muslimat habis membaca Yaasin. Sebahagian muslimat telah mengadakan sujud syukur sebaik sahaja keputusan diketahui di tempat perhimpunan.
Kalau kita singkap sirah Rasulullah saw, apabila Nabi s.a.w. sampai di Madinah baginda di sambut oleh muslimat dengan nanyian dan rebana untuk menzahirkan kegembiraan.
Hanya orang yang tidak mendalami hukum sahaja yang membangkitkan isu suara wanita itu aurat pada ketika ini.
Apa pun oleh kerana ia satu perkara baru dan bukan satu budaya muslimat, bagi mereka yang merasa tersinggung, Dewan Muslimat memohon maaf dan akan lebih berhati-hati dengan perangkap Umno BN di masa akan datang". Sumber : HarakahdailyKomen Horas! ;
Mengaku kesalahan sendiri memang menjadi kepantangan dan kesalahan besar pada puak Pakatan Haprak...baik dari PAS, PKR ataupun DAP. Kalau boleh...dalam setiap kesalahan dan kesilapan mereka, UMNO atau BN akan dikaitkan sebagai puncanya.
Yang kelakarnya, untuk menjadikan perbuatan melalak dan tergedik-gedik tengah jalan mereka itu nampak suci dan murni, dikatakan pula bahawa sebelum itu mereka telah melaksanakan bacaan Ma’thurat dan Yasin selain telah mengadakan sujud syukur.
Oooo...baru Horas! tau, kalau ikut hukum PAS, mulimat mereka dihalalkan untuk terpekik terlolong dengan bahasa kesat ditengah jalan dengan syarat sebelum itu mereka mestilah membaca Ma'thurat, Yasin dan melakukan sujud syukur.
Seperkara lagi, pada Siti Mariah...kalau iya pun mahu menegakkan benang yang basah, janganlah sampai disamakan perbuatan muslimat PAS meraikan kebebasan sang peliwat pujaan kamu itu dengan dengan cara sambutan muslimat ketika Rasulullah SAW sampai di Madinah dalam hijrah baginda. Tolonglah....itu perbandingan yang amat tidak kena.
Dan jika kamu katakan bahawa hanya orang yang tidak mendalami hukum sahaja yang membangkitkan isu suara wanita itu aurat pada ketika ini, maknanya kamu menghina Mursyidul Am kamu sendiri. Bukankan Nik Aziz sendiri yang mengatakan suara wanita itu adalah aurat dan tidak boleh diperdengarkan kepada bukan muhrim walaupun dalam bentuk bacaan ayat-ayat suci Al-Quran? Klik disini.
Ini pula penjelasan Aiman Athirah Al Jundi dalam usahanya menghalalkan 'ibadah' meroyan tersebut;
Komen Horas!;"Semua seruan adalah bersifat semangat dan bangkitkan semangat. Seruan biasa ketika kita berhimpun. Tidak mendayu dayu. Tidak menimbulkan syahwat. Manifestasi kebencian rakyat kpd Regim. Senikata bencikan Regim yg dzalim.Kehadiran sekitar bukan semua Muslimat PAS, tetapi wanita pelbagai golongan. Darihal perkataan UMNO Hancur/ UMNO Mampus pun memang kita nak depa kita kuburkan kan pada PRU13.Ini adalah situasi ketika hampir bersurai, closing. Sebelum itu kita buat Sudut Munajat, pertama kali dalam sejarah himpunan kita, untuk wanita dan lead by Muslimat. Sudut Munajat bermula dgn Dzikir Astaghfar Robbal Baroya...Sunnat Dhuha, Al Ma'thurat, Yaasin dan bila istihar kemenagna kita semua lead Sujud Syukur 2x.Ketika bergerak keluar kita solawat. Dan atas permintaan rakan-rakan bukan PAS mahu kita laungkan kata2 semangat maka...itulah yg ada dalam youtube ini".
Sama seperti Siti Mariah, Aiman Athirah juga menggunakan alasan mereka telah melaksanakan suruhan Allah bagi menghalalkan aktiviti terpekik melalak dan meroyan mereka ditengah jalan itu.
Tapi ibadatnya lebih banyak dan mengatasi apa yang dinyatakan oleh Siti Mariah. Dia dan gang-gangnya terlebih dahulu telah bermunajat dengan zikir Astaghfar Robbal Baroya, Sunat Dhuha dan bersalawat keatas nabi sebelum meroyan dan memolong.
Kesimpulannya, pada Horas! baik muslimin atau pun muslimat dalam PAS sama sahaja. Kalau tidak dapat untuk meletakkan kesalahan pada UMNO atau BN...mereka sanggup gunakan dan putar belit pula agama untuk menghalalkan apa sahaja yang mereka lakukan.
Inilah puak yang sanggup melacurkan agama demi keuntungan politik dan demi mengejar kuasa. Semoga puak ini akan terkubur dalam PRU13 nanti.....Ameeen.