Haramkahdaily ada menyiarkan artikel tentang kezuhudan MB Kedah hari ini.
Horas! tak mahu mengulas tujuan Haramkahdaily menyiarkan artikel berkenaan.
Pada Horas! itu semua perkara biasa. Imej Ustaz Azizan perlu diup semula selepas kredibilitinya diserang oleh Aziz Bari yang kini seolah-olah menjadi kambing liar (walaupun hakikatnya dipelihara oleh PKR) yang akan menanduk sesiapa sahaja selepas jadi penganggur terhormat.
Dibandingkan antara Ustaz Azizan dan Nik Aziz, secara peribadi Horas! lebih menghormati Ustaz Azizan. Mulutnya tidak bisa dan jahat seperti mulut Nik Aziz.
Kalau membuat kenyataan politik pun, cakap Ustaz Azizan lebih berlapik dan lebih santun jika mahu dibandingkan dengan mulut puaka Nik Aziz yang laser tak menentu arah dan amat menyakitkan hati bila didengar.
Cumanya, kalau iya pun haramkahdaily mahu menggambarkan kezuhudan Ustaz Azizan...perpada-padalah. Janganlah berlebih-lebihan sampai nampak lawak jadinya.
Berikut antara apa yang cuba digambarkan oleh haramkahdaily tentang kezuhudan Ustaz Azizan;
HARGA KEMEJA MBBagi membeli pakaian, beliau akan ke sebuah kedai cina di Simpang Empat, Kangkong dan sebuah kedai di Pulau Pinang bagi membeli baju-baju kemeja yang diminatinya dan kedua buah kedai ini, merupakan kedai pakaian kegemarannya sejak dulu lagi.
Dan lebih mengujakan, ada antara kemeja-kemeja yang dibelinya di sini, yang dipakai ketika majlis rasmi ataupun sewaktu bertugas rata-ratanya sekitar RM19.00 sahaja!.
Bab MB Kedah yang lebih selesa dan suka membeli serta memakai baju yang murah harganya untuk dipakai ketika majlis rasmi dan sebagainya ini amat Horas! kagumi.
Tapi bagaimana pula dengan yang ini?
Jangan kata harga kereta...harga nombor platnya pun Horas! yakin sudah cukup mahal.