Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Saturday, January 7, 2012

Terkini! Akhirnya PAS Pecat Dr Hasan Ali



Apa yang dijangka bakal terjadi dah pun terjadi. Hari ini dengan rasminya Dr Hasan Ali dipecat dari PAS.

Nampaknya PAS masih boleh bertahan jika Dr Hasan Ali sekadar mengkritik parti sendiri. Tapi bila Dr Hasan Ali berani pula mengkritik Anwar Ibrahim @ Imam Al-Mahdi dan agenda 901nya...PAS jadi panas punggung. 

Tanpa bertangguh...kepimpinan PAS Pusat terus menyingkirkan Dr Hasan Ali

Terbukti kini PKR memang mempunyai pengaruh yang kuat keatas PAS. PKR boleh menentukan siapa pemimpin PAS yang patut dan perlu dipecat atau disingkirkan.
KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

KENYATAAN MEDIA PAS

Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS. Sumber: Harakahdaily