Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Saturday, January 28, 2012

Pakatan Rakyat Hulu Langat Yang Semakin Huru Hara.



Kepincangan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat Hulu Langat nampaknya semakin tak terkawal. Tahap kerjasama dan kepercayaan sesama sendiri dikalangan pemimpin, baik dari PKR, PAS dan DAP khabarnya semakin menipis.

Ada macam-macam perkara yang menjadi punca dan penyebabnya. Tapi yang menjadi antara punca utamanya adalah pembahagian projek MPKj yang tidak adil...yang hanya dikaut dan disapu oleh parti tertentu. Diikuti dengan kebosanan juak-juak PAS yang sedar mereka hanya dijadikan sebagai pencacai dalam setiap program Pakatan Rakyat Hulu Langat selain isu pemecatan Hasan Ali yang berpunca daripada tekanan dan arahan kepimpinan tertinggi PKR.

Akibat kerjasama dan rasa percaya yang makin menipis itu...kebanyakan pemimpin PR di Hulu Langat sudah mula buat hal masing-masing. Pendek kata prinsip utama yang mereka pegang kini ialah kau dengan hal kau...biar aku dengan hal aku.

Hinggakan sampai kesatu tahap dikatakan penyelaras PR DUN Semenyih langsung tidak mahu memberikan kerjasama kepada juak-juak PAS disana.

Penyelaras PR DUN Dusun Tua yang tidak senang dengan keadaan tersebut turut mengambil pendekatan yang sama dengan tidak memberikan kerjasama pula kepada PKR. Maka terkontang-kanting pulalah puak-puak PKR di DUN Dusun Tua.

Sudah ada beberapa memorandum yang menzahirkan rasa tidak puas hati dihantar kepada kepimpinan PR negeri Selangor, termasuk kepada Faekah Husin (Setpol MB) oleh penyokong dan pendukung PR Hulu Langat.

Mereka meminta kepimpinan PR peringkat negeri memberi perhatian dan mencari jalan penyelesaian diatas kemelut yang berlaku.

Malangnya memorandum tersebut dikatakan tidak mendapat layanan dan perhatian yang sewajarnya dari kepimpinan PR negeri Selangor.

Kerana bengang  masalah dan luahan rasa mereka didalam memorandum tersebut tidak dilayan, khabarnya penyokong-penyokong PR di Hulu Langat (terutamanya dari Semenyih) telah merancang untuk mengadakan piket dan tunjuk perasaan bagi menyatakan rasa tidak puas hati mereka.

Mungkin inilah antara sebab utama mengapa Anwar Ibrahim disaat-saat akhir secara tiba-tiba terpaksa membatalkan program ceramahnya di Semenyih. Mungkin Anwar takut tidak ramai penyokong PR yang akan hadir dalam program tersebut.


Dan untuk cover malu kerana program ceramah berkenaan terpaksa dibatalkan sedangkan ianya telah diwar-warkan macam nak rak sebelum itu...pemimpin PR Hulu Langat perlu mencari kambing hitam untuk dipersalahkan.

Jadi seperti biasa, untuk menyelamatkan tengkuk sendiri...mereka pakat salahkan UMNO. Kata mereka...kerana konspirasi UMNOlah program ceramah berkenaan terpaksa dibatalkan.

Horas! sendiri tak tahu tang mana UMNO terlibat hingga program tersebut terpaksa dibatalkan. Tak tahulah pula kalau-kalau UMNO telah berjaya berkonspirasi dengan Anwar Ibrahim sendiri.

Tapi alasan bodoh sebegitu nampaknya sudah mula tidak dapat diterima oleh penyokong PR Hulu Langat yang sedang panas hati. Mereka tahu alasan tersebut tidak munasabah dan sengaja diada-adakan.

Maka terpaksalah pemimpin PR Hulu Langat sekali lagi bersilat untuk mencari alasan yang lain. Apa alasan kedua mereka?

Mereka katakan pula ceramah tersebut terpaksa dibatalkan kerana Anwar Ibrahim perlu menghadiri satu jemputan keistana pada waktu dan tarikh yang sama. Sultan negeri mana yang menjemput Anwar...wallahhu a'lam.

Dan khabarnya....alasan kedua ini turut diperlekehkan dan tidak dapat diterima oleh penyokong-penyokong PR Hulu Langat...terutamanya dari PAS.

Horas!: Dah ramai juak PAS yang menggelarkan puak PKR sebagai dedalu. Asalnya menumpang kekuatan jentera PAS...tapi akhirnya membawa kerosakan yang menyebabkan PAS mereput.