Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Sunday, January 8, 2012

Dibebaskan Dari Tuduhan Liwat : Adakah Anwar Bakal Cabar Keputusan Mahkamah?



Selepas berjaya menangguhkan perbicaraan lebih dari 60 kali...

Selepas menghina dan menggelar mahkamah dinegara ini sebagai mahkamah kanggaroo...

Selepas mengkritik dan menghina kononnya sistem kehakiman dinegara ini tempang tidak adil dan dikuasai oleh UMNO/BN...

Selepas menjaja keseluruh pelusuk negara memburuk-burukkan kerajaan kononnya dia tetap akan dipenjarakan  kerana itu yang amat diharapkan oleh UMNO...

Adakah Anwar mahupun pencacai Pakatan Haprak masih mahu mengatakan mahkamah dinegara ini tidak adil kerana dia dibebas dan dilepaskan dari tuduhan meliwat Saiful Bukhari? 

Mahukah Anwar mencabar keputusan mahkamah itu?

Tapi kita semua jangan lupa...Karpal Singh selaku peguambela Anwar dalam penggulungan hujahnya dimahkamah mengatakan;
"Kejadian seks luar tabie di antara anak guamnya (Anwar Ibrahim) dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008, antara jam 3.01 – 4.30 petang di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara berlaku atas dasar suka sama suka"
Kesimpulannya, Anwar dilepas dan dibebaskan dari tuduhan melakukan jenayah seksual luar tabie...tapi yang pasti adegan liwat itu memang benar-benar terjadi dan ini disahkan sendiri oleh Karpal.

Cuma Karpal dan barisan peguam Anwar (tiada seorang pun yang beragama Islam) berjaya menukarnya daripada perlakuan jenayah kepada perlakuan seks suka sama suka.