Mini market? Salah...!
Kedai peralatan logam aka hardware? Salah...!
Kedai gunting? Salah....!
Pusat Tuisyen? Lagilah salah...!
Kalau rakan-rakan pembaca sekalian mahu tahu....premis berkenaan ialah pusat perjudian yang berselindung disebalik nama kafe siber.
Premis judi berkenaan terletak dikawasan Prima Saujana Kajang yang majoriti penduduknya Melayu dan kedudukannya pula berhadapan dengan pejabat Ahli Parlimen Hulu Langat, YB Dr Che Rosli Che Mat.
Bahkan pemilik pusat perjudian tersebut kini semakin berani apabila meletakkan pula wanita-wanita yang agak bergetah dan seksi dihadapan premisnya. Tujuannya adalah untuk memujuk orang ramai yang lalu lalang memasuki premis berkenaan bagi tujuan berjudi.
Nampaknya strategi tersebut menjadi kerana jumlah pengunjung yang berjudi dipremis berkenaan semakin meningkat jumlahnya dari masa kesemasa. Dan majoritinya adalah Melayu.
Jika beginilah keadaannya, tak mustahil dalam waktu terdekat pemilik premis judi berkenaan akan mengembangkan perniagaannya kepada menyediakan khidmat pelacuran pula.
Mengapa Dr Che Rosli Che Mat tidak mahu mengambil tindakan tegas keatas pusat perjudian yang terletak dihadapan pejabat beliau? Wallahhu a'lam. Itu kena tanya pada beliau sendiri.
Mengapa pihak MPKj juga tidak mengambil tindakan tegas dengan menyita dan seterusnya memotong bekalan elektrik dan air kedalam premis berkenaan? wallahu a'lam...itu pun Horas! tak mampu jawab. Kenalah tanya pada Ahli Majlis Pakatan Haprak di MPKj atau pun tanya Ronnie Liu sendiri.
Cuma yang Horas! pelik, mengapa sejak kebelakangan ini pusat-pusat maksiat yang boleh merosakkan moral dan akhlak semakin galak beroperasi dikawasan yang diwakili oleh wakil rakyat dari PAS? Adakah ini perancangan jahat DAP yang tujuannya ialah untuk merosak serta meruntuhkan akhlak remaja dan pemuda-pemuda Islam?
Horas! bukan menuduh tanpa bukti. Lihat saja dikawasan yang diwakili oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, disitu juga wujud pusat pelacuran yang aktif beroperasi.
Bahkan lebih dari itu...tidak jauh dari pejabat Nik Aziz yang menjadi Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan sendiri pun ada pusat yang menawarkan perlbagai aktiviti maksiat. Klik disini.
Mengapa agaknya?
Mengapa agaknya?