Ulasan berkaitan buku bertajuk BIOGRAFI – TUAN GURU DATO’ HAJI NIK AZIZ, SEORANG ULAMA SERTA AHLI POLITIK MALAYSIA ABAD KE 20 ini agak panjang...namun menarik untuk dibaca.
Sekurang-kurangnya kita boleh tahu tentang susur galur keturunan manusia yang diiktiraf sebagai ulamak..tapi hatinya penuh dengan dendam dan lebih dari itu, bahagia pula melihat umat Islam dinegara ini berpecah belah.
Buku ini merakamkan kerjaya Dato’ Nik Aziz Nik Mat sebagai seorang ahli politik dari 30 tahun. Walaupun tujuan penulisnya untuk mengampu Nik Aziz, biografi ini membawa banyak maklumat yang memberi gambaran lebit tepat mengenai Menteri Besar Kelantan itu
Dalam carta salasilah Nik Aziz yang dipaparkan pada permulaan buku ini ada tersebut nama seperti Brahma, Raja Sakranta dan juga Kangkong. Mungkin disebabkan buku ini tidak begitu tebal (157 muka sahaja) tidak ada penjelasan yang lengkap mengenai kesahihan salasilah ini.
Mengikut susur galur keluarga Nik Aziz (muka 6) dalam salasilah ini terdapat seorang Puteri bernama Puteri Sadong yang telah membunuh suaminya bernama raja Abdullah. Seorang lagi ahli Salasilah ini yang bernama Raja Abdul Rahim telah mengganti Raja Abdullah. Raja Abdul Rahim seorang pemerintah yang “zalim sehingga membawa implikasi kepada pembunuhan baginda sendiri.” Keadaan juga “ malap ketika pemerintahan Long Sulaiman. Beliau terbunuh dalam satu perselisihan faham dan ditikam oleh mentuanya sendiri.”
Demikianlah antara isi penjelasan salasilah Nik Aziz. Pembunuhan, komplot dan perselisihan faham juga mengambil tempat dalam warisan sejarah ini.
Seiring dengan salasilah yang tidak jelas kesahihannya, penulis buku ini juga berkata, asal usul kampung halaman Nik Aziz iaitu Pulau Melaka "mempunyai mitos dan sejarahnya tersendiri", dan terdapat "variasi fakta yang berbeza berhubung asal usul kewujudan nama pulau tersebut."
Mitos dan misteri seperti ini berlanjutan. Misalnva biografi ini tidak mempunyai sebarang gambar yang menunjukkan Nik Aziz sebagai seorang pemuda ataua pelajar. Semua gambar dalam buku ini menunjukkan Nik Aziz dalam peranannya sebagai tuan guru, siap dengan serban dan janggut kambingnya. Mungkin gambar zaman muda dielakkan supaya tidaka menjejaskan imej serban dan janggut.
Salasilah Nik Aziz juga mengatakan bahawa “keturunan raja Jembal dilarang makan rebung buluh betung…” Mengikut mitos ini pula sesiapa keturunan Raja Jembal yang makan rebung buluh betung akan diserang “kudis besar di seluruh badan”. Disini letaknya satu jalan untuk Nik Aziz membuktikan kesahihan salasilahnya. Mungkin Dewan Ulama Pas perlu fatwakan dulu peraduan makan rebung buluh betung.
Nik Aziz dikatakan melanjutkan pelajaran ke “ Universiti Deobond, India” pada 1952. Sebenarnya tidak pernah wujud sebuah “Universiti Deobond” di India. Deoband di utara Uttar Prodesh memang masyhur dengan Madrasah Darul Ulum Deoband yang melatih pelajar India menjadi ‘ulama’. Selain dari Deoband, madrasah Darul Ulum juga terdapat di Lucknow, Hyderabad, Mumbai dan tempat lain di India. Walaupun masyhur, madrasah ini tidak bertaraf universiti (jamiah).
Mengikut ceritabta, sesudah habis belajar Nik Aziz kembali ke kampung “dengan berpakaian kemas, bertali leher dan berkasut kilat..” Hampir seminggu beliau tidak dapat mandia pabila melihatkan air perigi yang begitu keroh. Sudah tentu Nik Aziz boleh menahan diri daripada mandi hampir seminggu sebab dia tidak memakai serban dan jubah tuan guru pada masa itu.
Ketika permulaan kerjayanya sebagai seorang guru agama, Nik Aziz memberi penekanan bahawa guru adalah ‘bapa rohani’ (spiritual father) bagi pelajar. Malang sekali tidak semua anak buah Nik Aziz hari ini yang prihatin akan seruan itu. Pada hari ada segelintir guru agama di Kelantan yang boleh memukul pelajat sehingga berdarah di kepala. Mungkin “segelintir manusia ini sanggup menanam bibit kebencian didalam sanubari berikutan suatu keistimewaan dan kelebihan didalam segelintir masyarakat” yang bergelar guru agama.
Mengikut penulis biografi ini, Nik Aziz tidak mengharapkan sebarang ganjaran untuk berceramah di kampung. Tetapi ini bukannya selalu kerana Nik Aziz pernah mengambil upah RM15 sebulan untuk menggendalikan kuliah agama di Masjid Muhammadi. Dan pada hari ini pula, Pas sudah mula menjual kupon RMIO atau RM6 untuk jamuan makan bersama pemimpin Pas. Budaya menjual kupon dalam akhbar Harakah pemah mencatat harga RM65 seorang untuk jamuan makan bersama pemimpin Pas di sebuah hotel di Kajang. Walaupun harga ini setanding dengan hotel lima bintang di Kuala Lumpur, Kajang belum mempunyai hotel lima bintang.
Mungkin Nik Aziz malap fahamannya mengenai ajaran Allah dan Rasul-Nya yang berikut: "Dan aku sekali-sekaii tidak minta upah kepadamu atas usahaku, upahku tidak lain hanyalah daripada Tuhan semesta alam" (Surah 26:109).
Menjual kupon, mengambil upah dan sebagainya, atas nama agama perbuatan yang melanggar ajaran Allah dan RasulNya.
Untuk merangkumi kurikulum pendidikan Pas, Nik Aziz menegaskan akidah, syariah, tassawuf dan politik (muka 45). Tetapi fahaman Nik Aziz mengenai prioriti iman dan Islam berlainan dengan ajaran Allah dan Rasul-Nya.
Nik Aziz berkata "Akidah adalah satu manifestasi atau konsekwensi daripada, iman" dan juga bahawa "rentetan daripada iman itu akan melahirkan suatu penyerahan diri kepada Allah secara total. " Maksudnya, seseorang perlu beriman dulu sebelum dia boleh menyerah diri (Islam) kepada Allah.
Sebaliknya, ajaran Allah dan Rasul-Nya pula berbunyi demikian: "Orang Arab berkata, kami sudah beriman (aamanna). Katakanlah, kamu belum beriman tetapi katakanlah kami sudah menyerah diri (aslamna) kerana iman itu belum masuk ke dalam hatimu dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia tidak akan mengurangi sedikitpun amalanmu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang" (Surah 49:14).
Mengikut ajaran Allah dan Rasul-Nya seseorang itu mesti menyerahkan diri (Islam) dan rela mengerjakan amalan baik dengan mentaati Allah dan Rasul-Nya dulu. Konsekwensi daripada penyerahan diri ini (aslamna) akan mengukuhkan diri sebagai orang yang beriman (aamanna).
Perbezaan antara fahaman Nik Aziz dan ajaran Allah dan Rasul-Nya mempunyai implikasi yang besar. Kalau ikut fahaman Nik Aziz, orang yang mengerjakan amalan yang tidak baik (misalnya upah kupon RMIO atas nama AIlah atau mencederakan pelajar sekolah) akan terasa selamat juga kerana mereka percaya iman lebih terdahulu daripada amalan (atau ketiadaannya).
Begitu juga berhubung masalah kemiskinan di Kelantan, Nik Aziz berkata, kemiskinan tidak boleh dibasmi dan istilah 'membasmi kemisk'man' adalah khayalan (muka 135). Mengikut Nik Aziz ini ialah kerana kemiskinan "adalah ciptaan Tuhan yang mesti diterima oleh manusia". Bukan saja ini satu fahaman yang daif dan dangkal ia juga mendustakan ajaran Allah. Allah dan Rasul-Nya mengajar kita bahawa: "Syaitan menjanjikan kamu kemiskinan (asyaitaanu ya'idukumul faqra) dan menyuruh kamu pada kesumbangan, tetapi Allah menjanjikan kamu keampunan-Nya dan pemberian-Nya dan Allah Merangkumi, Mengetahui" (Surah 2: 268).
Jelas di sini, kekarutan Nik Aziz yang menjanjikan kemiskinan untuk orang sebenarnya adalah janji syaitan. Dan memang pun Nik Aziz telah mengaku bahawa dia sedia bekerjasama dengan syaitan.
Allah dan Rasul-Nya juga mengajar kita: "Apa saja baik menimpa kamu adalah daripada Allah, apa saja keburukkan yang menimpa kamu adalah daripada diri kamu sendiri..." (Surah 4: 79).
Jelas bahawa bencana kemiskinan yang menimpa penduduk Kelantan terhasil daripada kedaifan dan salah faham piinpinan mereka terutama sekali Menteri Besar, Nik Aziz yang rela mendusta ayat Allah supaya lebih mudah membohongi orang mengenai kemiskinan. Apakah ini yang dimaksudkan dengan ungkapan 'Ulama Penipu' yang kerap tertera dalam akhbar Harakah baru-baru ini?
Dalam bab pilihan raya, Nik Aziz merakamkan keseronokan yang begitu memuncak apabila Pas menangi negeri Kelantan pada 1990. Dia menyifatkan kemenangan itu berakibat daripada "kerjasama antara malaikat di langit dengan para pengundi di bumi. " Jika ditelitikan, dalam 25 tahun kebelakangan ini, Pas hanya berjaya di Kelantan apabila terjalin kerjasama dengan Umno atau bekas ahli Umno. Pada 1974 Pas berjaya menawan Kelantan meIalui "berkongsi dacing dengan Barisan Nasional." Kemudian selepas Pas dipecat daripada Barisan Nasional, Pas kalah pada Pilihan Raya 1978, 1982 dan 1986. Kemenangan kembali kepada Pas dalam pilihan raya 1990 dan 1995 dengan pertolongan Tengku Razaleigh dan lebih daripada'250,000 ahli Umno yang menyokong Tengku Razaleigh pada masa itu. Jadi malaikat Pas sebenarnya ialah ahli Umno dan bekas ahli Umno. Dan sekarang pula malaikat iiu sudah kembali ke pangkuan Umno.
Dalam usaha mencari malaikat baru, Pas sekarang sudah menjadi begitu intim dengan DAP dan telah melangsungkan kahwin mutaah dengan parti itu. Tetapi biografl Nik Aziz pula mengatakan "Islam dan sistem politiknya tidak perlu bersandar atau bersaing dengan sebarang fahaman, ideologi atau isme-isme rekaan manusia." Ini satu lagi kes cakap tak serupa bikin oleh Pas sebab agama sosialisme anutan DAP sekarang bersuara dengan begitu lantang bahawa Pas tidak akan dibenarkan bertanding lebih daripada satu pertiga kerusi Parlimen supaya Pas tidak berpeluang menubuhkan kerajaan Islam.
Rupanya hubungan Pas dengan DAP bukan setakat tempat bersandar saja. Malaikat DAP dan anutan sosialisme mereka berupaya memberi telunjuk kepada pewaris nabi.
Demikianlah antara kandungan biografl Nik Aziz yang ditulis oleh seorang tukang bodek yang mungkin tidak peka apa yang ditulis sebenarnya boleh memalukan Nik Aziz juga. Dengan tiada segan silu penulis buku ini mengaku dalam prakata biografl ini, "Pengalaman dan dasawarsa masa tidak dapat membohongi diri saya bahawa beliau (Nik Aziz) sememangnya seorang personaliti yang menjadi idola setiap lapisan masyarakat... " Tujuannya ialah untuk menaikkan Nik Aziz menjadi 'idola' atau berhala pemberi panduan bagi pengikut yang daif. Memandang kepada tahap keilmuan Pas, sudah tentu biografi ini akan diletakkan di suatu tempat yang tinggi, mungkin sama taraf dengan Shit yang juga mencerminkan keilmuan Pas dengan paling tepat sekali.
Banyak kali dan berkali-kali apa yang dikatakan oleh Pas tidak sama dengan apa yang dibuat oleh Pas. Juga ajaran Allah dan Rasul-Nya yang perlu ditaati sering ditinggalkan oleh Pas. Pas perlu awasi ayat yang berikut dengan cermat:
"Syaitan menguasai mereka dan menjadikan mereka melupakan peringatan AIlah. Mereka itu golongan syaitan (hizbul syaitan), sesungguhnya hizbul syaitan, merekalah orang yang rugi" (Surah 58: 19).
Parti yang melupakan peringatan Allah akan bertukar menjadi parti ajaran syaitan.
Horas! : Saudara seagama dimusuhi macam nak rak hanya kerana berlainan fahaman politik...tapi dengan kafir harbi cukup lembut dan dijilat pula....itulah Nik Aziz.