Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Tuesday, May 15, 2012

Mereka Menjerit-Jerit Mahu Tol Batu 3 Ditutup, Tapi Buat-Buat Buta Bila......


Beberapa hari yang lepas Khalid Samad dan Ronnie Liu bertindak mengetuai sekumpulan lembu pawah PR berdemo berhampiran plaza tol Batu 3.

Tegang-tegang urat leher Khalid Samad berucap ditepi jalan minta kerajaan hapuskan tol Batu 3. Ronnie Liu pun sama. Tak mahu ketinggalan walaupun ucapannya merapu dan tak tentu hujung dan pangkal.

Terus terang cakap, Horas! memang tiada masalah dengan permintaan mereka itu. Tak kiralah siapa pun atau dia menganggotai dan menyokong parti mana pun...pasti suka kalau kutipan tol dihapuskan.

Lihat sahaja bila kerajaan mengambil keputusan untuk menghapuskan kutipan tol RM1.00 di Batu 9 Cheras menuju ke Kuala Lumpur dan tol RM0.90 di Batu 11 menuju ke Kajang...sungguh gembira dan tersenyum lebar warga Hulu Langat yang kerap menggunakan jalan tersebut.

Berbalik pada kisah Khalid dan Ronnie, seperti yang Horas! katakan awal tadi, Horas! tiada masalah dengan permintaan itu.

Cuma nasihat Horas! kepada mereka berdua, dalam masa yang sama, usahakan jugalah untuk menutup rumah-rumah urut dan pusat hiburan haram yang turut menyediakan khidmat pelacuran yang dah tak terhitung jumlahnya di Selangor ini.

Jangan sekadar agresif menuntut tol itu dan tol ini dihapuskan tapi dalam masa yang sama buat-buat pekak serta buta dan cepat-cepat menyembunyikan kepala didalam lubang jamban bila rakyat minta kerajaan negeri Selangor pantau dan seterusnya tutup pusat-pusat maksiat yang Horas! katakan tadi.