Seorang ahli Unit Amal PAS menceritakan bagaimana beliau teruk dibelasah oleh polis ketika demo BERSIH 3.0 tempohari.
Kononnnya polis memijak perut dan menendang dada serta belakang beliau.
Sungguh ganas benar polis Malaysia ini.
Mari kita baca petikan kisah pengalaman NGERI yang hampir-hampir menyebabkan dia MENEMUI AJAL itu.
SHAH ALAM: Seorang anggota Unit Amal PAS, Mohd Fahmi Mohd Noor mendakwa beliau dipukul ketika ditahan pihak polis dan sepanjang perjalanan ke Dataran Merdeka sebelum dibawa menaiki trak polis.
Fahmi mendakwa beliau ditahan kira-kira jam 4.30 petang di persimpangan lampu isyarat di hadapan bangunan Sime Darby di Jalan Raja Laut ketika sedang mengarahkan peserta Bersih 3.0 beredar dan tidak menimbulkan sebarang tindakan yang boleh menaikkan kemarahan pihak polis.
Menceritakan insiden itu lebih lanjut, Fahmi berkata, ketika ditahan beliau sempat bertanya kepada polis samada beliau sedang melakukan provokasi ataupun mengawal keadaan.Beliau kemudian dibawa ke Dataran Merdeka bersama kumpulan lain yang lebih awal ditangkap.
"Jarak perjalanan agak jauh dan saya sendiri tidak pasti berapa kali dipukul, malah ketika sudah hampir di Kelab Di Raja Selangor saya sekali lagi dipukul oleh empat orang polis, disepak dan menyebabkan saya jatuh," ceritanya lagi.
Fahmi memberitahu setelah dipukul, beliau diletakkan bersama-sama dengan tahanan yang lain termasuk dengan bekas Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Abdul Aziz Bari.
"Ketika saya duduk bersama-sama tahanan yang lain, terdapat seorang anggota polis menjerit dan mengatakan saya telah memukul anggota polis, tindakan tersebut menyebabkan saya sekali lagi ditarik dan dibawa ke belakang trak polis sebelum dibelasah teruk oleh sembilan orang anggota polis.
"Ketika itu saya dipukul dengan teruk termasuk dipijak di perut, ditendang di bahagian dada dan belakang. Saya telah ditumbuk menyebabkan cermin mata saya telah jatuh.
"Dalam keadaan samar akibat kehilangan cermin mata saya cuba mengambil semula cermin mata tersebut tetapi salah seorang anggota polis telah memijak cermin mata saya sehingga pecah, saya dipukul dengan teruk tanpa ada belas kasihan langsung oleh pihak polis," sambung beliau lagi.Sewaktu dipukul, beliau juga mendakwa ada mendengar Aziz Bari merayu meminta polis berhenti memukul beliau.
Akibat dibelasah beramai-ramai itu, Fahmi mengalami kecederaan di bahagian muka, dada dan belakang. Tidak lama kemudian, beliau bersama tahanan yang lain dibawa ke Pulapol untuk diambil keterangan.
Ketika memberi keterangan pula, Fahmi mendakwa polis hanya mengambil maklumat peribadi sahaja tanpa bertanya apa yang berlaku terhadapnya sebenarnya.
Beliau yang baru enam bulan menyertai Unit Amal Shah Alam itu kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada hari Isnin 30 April sebelum membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang juga pada hari yang sama.
"Biarlah apa yang polis lakukan terhadap saya itu diadili oleh Allah dan saya tidak mempunyai apa-apa dendam dengan mereka.
"Cuma yang paling menyentuh perasaan saya ketika saya diarahkan menanggalkan beret yang dipakai oleh saya dan saya sendiri tidak mengetahui apa alasan sebenarnya polis suruh saya tanggalkan beret tersebut," katanya.
sumber: harakah
Sekarang mari kita lihat pula gambar dibawah...Kalau ikut ceritanya, Mohd Fahmi bukan main teruk dibelasah polis. Dada dan belakang ditendang...perut dipijak dan mukanya ditumbuk. Yang membelasahnya pulak bukan seorang...tapi ramai.
Sepatutnya, kalau ikut logik akal, kalau dibelasah sebegitu teruk...Mohd Fahmi ketika ini pasti sedang berada di ICU mana-mana hospital dengan wayar berselirat dibadan dengan alat bantuan pernafasan.
Tapi dalam gambar diatas..Mohd Fahmi elok tersenyum riang bergambar bersama Aziz Bari. Langsung tiada tanda-tanda yang menunjukkan beliau cedera teruk akibat dibesalah sampai separuh mati sebelum itu.
Inilah contoh kualiti budak-budak dalam Unit Amal PAS. Cukup pandai membuat dan mereka-reka cerita.
Yang paling kelakar, dia ada kata hati dia bukan main sedih lagi bila disuruh menanggalkan beret rasmi Unit Amal yang dipakainya. Tapi dia langsung tak rasa sedih dan bersalah kerana menyokong Ambiga yang cukup suka kalau ada umat Islam yang murtad.
Patutlah Aziz Bari yang bermulut jahat dan entah apa-apa tu pun nampak malu-malu dan tak berapa rela nak bergambar dengan budak bernama Mohd Fahmi ini.
Aziz Bari pun tahu budak yang nak bergambar dengan dia tu tak boleh pakai......