Sebelum ini Horas! ada menulis tentang seorang ahli Unit Amal PAS (Mohd Fahmi Mohd Noor) yang masih mampu tersenyum lebar berposing dengan Aziz Bari walaupun mengadu dia dibelasah hampir separuh mati oleh polis dalam rusuhan BERSIH 3.0 sebelum itu. Klik disini.
Hari ini, PAS menampilkan seorang lagi manusia super yang kehebatan dan kekuatannya berkali-kali ganda mengatasi Mohd Fahmi.
Berikut Horas! petik sedikit pengalaman ngeri Mohd Anuar Sulong yang hampir koma dan mati akibat dibelasah polis sepertimana yang dilaporkan oleh harakahdaily.
"Anuar ketika itu hanya memakai baju biasa tidak menyangka akan menjadi mangsa pukulan polis walaupun sebelum itu telah berselisih dengan beberapa anggota polis, namun mereka tidak menghiraukannya.
200 meter sebelum sampai ke tempat kereta, beliau ditanya polis mahu ke mana, lalu Anwar memberitahu beliau mahu balik ke Terengganu.
"Bila polis dengar saya nak balik Ganu, polis tu menjerit 'Terengganu oi', lalu sekumpulan polis datang ke arah saya terajang belakang dan belasah saya, saya tersungkur," katanya sebagaimana dipetik dari video Jabatan IT Negeri Terengganu.
Waktu itu, Anuar tidak boleh mempertahankan dirinya dan hanya mampu menyerah untuk dibelasah kerana tangannya digari di belakang.
"Polis bertalu-talu tumbuk muka saya. Saya tunduk. Mereka sepak perut pula, waktu itu juga saya rasa sesuatu yang keras mungkin cota dihentak di leher saya. Saya tidak sedar dalam beberapa minit," luahnya.
Menceritakan pengalaman ngerinya dibelasah polis ketika perhimpunan Bersih 3.0 kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang berkunjungan ke rumahnya di kampung Padang Kabar, Marang, Terengganu, semalam (gambar atas) bagaimanapun beliau bersyukur kerana Allah masih melindunginya.
"Waktu saya kena belasah itu, Alhamdulillah Allah bersama saya kerana tumbukan sepuluh orang polis, tak berasa sangat. Kalau tengok muka saya yang pecah dan bengkak apatah lagi telinga berdarah, sepatutnya boleh kata sama ada saya koma atau mati antara dua itulah," katanya.
Dan dibawah ini adalah gambar Mohd Anuar ketika menceritakan pengalamannya yang hampir koma dan mati akibat dibelasah polis itu kepada Hadi Awang.
Sungguh Mohd Anuar ini seorang manusia super yang amat gagah perkasa sekali.
Bayangkan, dengan tumbukan bertalu-talu yang dilepaskan oleh seramai 10 orang anggota polis hingga mengakibatkan mukanya pecah-pecah dan menyembur darah selain bengkak teruk, hanya dalam tempoh 10 hari mukanya yang pecah-pecah sebelum itu kembali bertaut tanpa meninggalkan sedikit kesan pun. Tanda lebam apatah lagi.
Kalau ikut logik akal, jangan katakan dia, lembu jantan sebesar anak gajah pun akan tergolek tak bergerak menunggu mati kalau dibelasah seteruk itu oleh 10 lelaki.
Yang anehnya, tiada satu gambar pun yang boleh beliau tunjukkan sebagai bukti bahawa mukanya memang pecah teruk, bengkak dan lebam akibat dibelasah polis itu. Sedangkan kita semua tahu...bagi memburukkan imej pasukan polis, puak-puak penyokong PR amat suka dan akan cepat-cepat merakamkan gambar kecederaan yang mereka alami walaupun kecederaan itu sebenarnya akibat perbuatan mereka sendiri.
Ini antara contohnya...
Jadi, bagi mengabadikan kehebatan manusia-manusia yang ditampikan oleh PAS, yang kononnya telah dibelasah hingga ketahap hampir koma dan mati oleh polis, tapi tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda cedera ini, sebagai permulaan...Horas! cadangkan The Malaysia Book of Records memberi pertimbangan untuk memasukkan nama Mohd Anuar didalam buku mereka bagi kategori lelaki 'kalis belasah' di Malaysia.