Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Tuesday, May 29, 2012

Rupa-Rupanya Hanya Ada 80 Keldai Yang Berkumpul Depan Pejabat NST.



Keadaan trafik sekitar Kuala Lumpur selalu sesak selepas solat Jumaat. Ini menyebabkan sebahagian wartawan dan jurugambar miss membuat liputan perhimpunan aman Pemuda PAS di depan ibupejabat New Straits Times di Jalan Riong Kuala Lumpur. 
Mereka berkejar ke situ kerana sebelum ini heboh tersebar mengatakan ribuan penyokong PAS akan membanjiri situ sebagai membantah penyiaran berita bertajuk "Nik Aziz the father of kafir'. 
Ia tajuk pada berita interbiu dengan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Nor dimana beliau menghentam Musyridul Am PAS itu kerana mendakwa ia satu tugas agama untuk menyertai Bersih 3.0.
Kerana dugaan perhimpunan itu besar ada sekityar 30 orang anggota polis beruniform dan 20 tidak beruniform berkawal sekitar kawasan itu.
Namun jauh dari gembar gembur hanya sekitar 80 orang sahaja yang berhimpun di situ.
Mereka melaungkan “NST Fitnah”, “Jahanam NST, Boikot NST, Bakar NST. Ada yang membakar dan memijak naskah akhbar NST.
sumber: agendadaily

Juak PAS dari pemimpin yang paling besar hinggalah kepada pencacai yang paling bawah...kalau bercerita memang tak agak-agak.

Katanya beribu yang berkumpul didepan pejabat NST membantah tajuk berita akhbar berkenaan yang mengatakan Nik Aziz bapak kafir tempohari.

Last-last pecah lobang. Yang berhimpun melalak-lalak di pejabat NST dulu jangan kata 1000 orang....100 orang pun tak sampai beb! 

Yang ada setakat 80 orang jer. Itu pun terdiri daripada ahli dan penyokong PAS yang dalam kategori selebet ...yang orang suruh berkumpul...dia berkumpul, orang suruh bersurai...dia bersurai dan orang suruh makan dia makan.

Bila ditanya mengapa 80 orang sahaja yang berkumpul dan bukannya ribuan orang seperti yang dicanangkan macam langit nak runtuh sebelum ini...dengan selamba juak PAS kata "kami mementingkan kualiti, bukan kuantiti"..

Oh!! baru kita tau...dalam sebegitu ramai ahlul PAS yang ada di Malaysia ini, rupa-rupanya hanya ada 80 orang saja yang berkualiti. Yang lain adalah hampas-hampas belaka.

Patutlah PAS setakat jadi keldai dalam pakatan rakyat. Keldai dari baka yang paling low grade.