Inilah namanya putaran dunia.
Dulu Nik Aziz cukup angkuh dan sombong. Sekitar tahun 2008, apabila UMNO mengajak PAS duduk berbincang dari hati ke hati demi kebaikan agama Islam dan demi kesejahteraan umat Melayu di negara ini, Nik Aziz langsung tak mahu layan.
Nik Aziz dengan sinis menuduh UMNO sudah terdesak mahu mencari 'talian hayat' bersama PAS. Hasrat murni UMNO diperlekeh oleh Nik Aziz.
Tan Sri Harussani dihina secukup-cukupnya. Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Datuk Hasan Ali pula diperlekeh dan dituduh sebagai agen UMNO...hanya semata-mata kerana mereka berusaha untuk merealisasikan muzakarah diantara UMNO dan PAS.
Besar sungguh kesalahan yang telah mereka lakukan pada pandangan mata Nik Aziz.
Tak cukup dengan itu, Ustaz Nasharudin yang diiktiraf sebagai salah seorang ulamak didalam PAS dimalukan apabila satu percaturan busuk diatur bagi memastikan beliau tersungkur dikaki Mat Sabu yang pernah ditangkap berkhalwat dengan isteri orang dalam pertandingan merebut kerusi Timbalan Presiden parti.
Hari ini tonasi Nik Aziz sudah berubah.
Entah mengapa, secara tiba-tiba pula dia bersetuju untuk bermuzakarah dengan UMNO walaupun masih sempat membelit dengan membuat kenyataan mengelirukan kononnya UMNOlah yang tidak berminat dengan usaha bermuzakarah itu.
Apa pun Horas! harap Nik Aziz benar-benar ikhlas kali ini.
Bermuzakaralah dengan UMNO demi kebaikan agama serta bangsa dan bukan kerana mengharapkan apa-apa 'talian hayat' dari UMNO setelah sedar diri dikeldai dan dipergunakan sewenang-wenangya oleh DAP dan PKR selama ini.
dan....
Bermuzakarahlah dengan UMNO demi kebaikan agama serta bangsa dan bukan kerana mengharapkan apa-apa 'talian hayat' dari UMNO setelah sedar bahawasanya semakin ramai umat Islam dinegara ini menolak PAS.