Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Friday, May 11, 2012

Kalau Diikut Kata Hadi Awang, Anak Kecil Itu Kini Mungkin Hanya Tinggal Nama.



Kecoh benar baru-baru ini bila rakaman video seorang ibu muda sedang mendera anak kecilnya tersebar diinternet.

Rakaman video tersebut mendapat perhatian banyak pihak. Disiar dimedia eletronik dan juga media cetak. Rakan-rakan blogger Horas! pun ramai yang memuatkan rakaman tersebut di blog masing-masing.

Ramai yang menzahirkan rasa marah, geram serta jijik dengan perbuatan ibu muda tersebut. Horas! sendiri pun terkejut dan terkedu apabila menontonnya. 

Apalah daya anak yang masih kecil itu untuk mempertahankan dirinya. Hanya mampu menangis dan menjerit menahan kesakitan akibat dipukul berulang kali.

Sungguh malang benar nasib anak kecil tersebut diperlakukan hingga sebegitu rupa oleh ibu yang melahirkannya...yang Horas! percaya mengalami tekanan jiwa.

Tidak lama selepas rakaman video yang mengejutkan itu mendapat liputan, pihak polis telah tampil memberi penjelasan. 

Menurut pihak polis, video tersebut adalah adalah rakaman yang telah lama dibuat dan hanya kini baru tersebar. Ibu muda itu sendiri telahpun didakwa dimahkamah dan telah dijatuhkan hukuman 18 bulan penjara akibat pebuatannya itu.

Padan muka!


Walau bagaimanapun Horas! agak terkilan dengan sikap siperakam video berkenaan. 

Walaupun menurut penjelasan beliau (seperti yang disiarkan oleh beberapa akhbar) rakaman itu dibuat bagi dijadikan sebagai bukti penderaan yang dikakukan oleh ibu muda tersebut terhadap anaknya...tetapi mengapa dibiarkan berlarutan sampai begitu lama? 

Agak aneh kerana dia sanggup melihat penderaan itu berlaku didepan matanya sehingga hampir 5 minit lamanya.

Tapi tak mengapalah, perkara pun sudah lama terjadi dan sipelaku pun sudah menerima hukumannya berdasarkan rakaman video yang telah dijadikan bahan bukti tersebut.

Harap kita semua, terutamanya Presiden PAS, DS Hadi Awang dapat menjadikan apa yang telah berlaku itu sebagai satu pengajaran.

Mengapa Horas! tiba-tiba petik nama Hadi Awang berkaitan isu ini?

Bukankah Hadi Awang dulu pernah berkata rakaman video tidak boleh jadi saksi kerana video ini besi sedangkan Islam berpegang kepada konsep empat saksi?

Kalau diikut kata Hadi Awang itu, maka amat sukarlah mahu mendakwa atau menjatuhkan hukuman keatas ibu muda yang tidak berhati perut itu.

Kalau diikut kata Hadi Awang yang mahu menunggu 4 orang saksi melihat kejadian itu....mungkin anak kecil itu kini hanya tinggal nama. 

Tinggal nama kerana mungkin dia telah lama mati akibat didera oleh ibunya sendiri.

Dan jika itu berlaku, maka ramailah juak-juak PAS yang akan menjerit-jerit kehulu kehilir mengata dan menuduh polis tidur dan tak buat kerja. Gampang bukan?