Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Wednesday, May 16, 2012

Puak Ambiga Tunjuk Samseng Untuk Balas Dendam?



Nampaknya tak ada sesiapa yang boleh sentuh atau pertikai apa yang mereka dah buat dalam BERSIH 3.0

Peniaga-peniaga kecil Melayu membuka stall burger dihadapan rumah Ambiga tempohari bukan kerana suka-suka. Tapi kerana menzahirkan rasa tidak puas hati mereka kerana tindakan Ambiga menganjurkan demo BERSIH 3.0 tempohari telah menjejaskan pendapatan yang menjadi punca rezeki mereka menyara keluarga.

Mereka mahu Ambiga bertangunggjawab kerana dia yang menganjurkan demo tersebut. Mereka mahu Ambiga membayar kerugian yang mereka tanggung kerana pendapatan mereka bagi menyara hidup terjejas.

Walaupun Setiausaha WargaAMAN, S Barathidasan menggunakan kemahirannya membelit lidah dengan mengatakan ianya tidak ada kena mengena atau kaitan dengan 'protes burger' di depan rumah Ambiga minggu lalu, namun orang sebahlul Mahfuz pun akan dapat membaca apa sebenarnya yang tersirat disebalik perancangannya itu.

Persoalannya, mengapa lokasi dihadapan rumah DS Khalid Abu Bakar yang mereka pilih? Adakah apa-apa tindakan yang telah dilakukan oleh DS Khalid hingga menganggu dan menjejaskan pendapatan peniaga-peniaga tosai yang kebanyakannya berketurunan India?

Usahlah nak membelit-belit lidah. Kita tahu mereka melakukannya bagi membalas dendam kerana Timbalan IGP pernah membuat kenyataan bahawa pihak polis tidak akan mengambil tindakan terhadap peniaga-peniaga yang menjual burger di hadapan rumah Ambiga kerana mereka melakukannya di tempat awam.

Nampaknya mereka semakin berani dan semakin biadab. Mereka mahu menjadi 'RAJA' dinegara ini.

Jangan sesekali sesiapa pun berani pertikai atau halang apa yang mereka mahu lakukan.