SURAT TERBUKA KEPADA ANWAR DAN PENYOKONG PKR:
Hidupkan REFORMASI, Ketepikan Kepentingan Peribadi.
Ingatkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tegahhari. Terkesima daku apabila perjuangan demi keadilan dan kesamarataan yang diperjuangkan Parti Keadilan Rakyat, berubah wajah dek kerana Datuk Sri Anwar Ibrahim (DSAI).
Reformasi Rakyat demi keadilan bertukar wajah kepada Reformasi Keluarga demi nepotisme. Ku sangka DSAI memperjuangkan rakyat, rupanya hanya berjuang untuk menaikkan imej sekeluarga. Rakyat telah berkorban demi idealisme perjuangan keadilan tetapi digunakan untuk menjadi pendokong dan penyokong setia DSAI.
Ramai sudah pimpinan-pimpinan PKR telah angkat kaki gara-gara kerakusan, ketamakan kemasyhuran, pangkat dan kekayaan DSAI. Tetapi ahli PKR dan rakyat tidak percaya kerana ia mungkin kebetulan dan mungkin salah pimpinan-pimpinan dahulu. Tapi kini, giliran saya diperlakukan begini. Bukan tujuan saya mengungkit tetapi buktinya sekarang telah menimpa saya.
Saya sendiri tidak pernah dihargai walaupun saya telah membuat korban yang besar. Saya dibuang keluarga kerana sayangkan idealisme DSAI dan percayakannya. Saya menghadapi aib ini berseorangan. Saya terpaksa berdepan dengan adik saya sendiri utk mempertahankan parti dan DSAI. Saya turut tergamam kerana teringat air mata ibu ditayangkan di media-media perdana.
Tapi... apa yg saya dapat? DSAI tiada anisiatif membantu. Yang dia tahu hanya menaikkan isterinya Dr Wan Azizah dan anaknya Nurul Izzah. Di manakah sorakkan reformasi rakyat yg pernah dilaungkn dulu? Gema sorakkan di ibu kota dan bandar-bandar mengalir keringat dan air mata hanya demi perjuangan keadilan adalah nyata sia-sia.
Tiada harapan untuk merealisasikan sorakkan dan laungan REFORMASI!!! melainkan dengan DSAI berubah sikap atau berlaku REFORMASI DALAMAN. Saya yakin sekiranya DSAI masih ambil sikap menggunakan kuasa vetonya tanpa merujuk mesyuarat parti, bukan saya sahaja akan keluar parti, malah lebih ramai pemimpin-pemimpin parti yang akan meninggalkn parti.
DSAI juga memilih bentuk kepimpinan yang mengutamakan kroni. Dia melantik semula Tan Sri Khalid Ibrahim tanpa perbincangan akar umbi dan tanpa merujuk PKR Selangor yang lebih berhak menentukan Menteri Besar. Saya lebih patut menyandang jawatan itu kerana saya lebih lama berjuang berbanding kroninya.
DSAI sebenarnya lebih sayangkan pangkat dari parti. Dia sepatutnya bertegas dengan PAS dan DAP dalam isu perlantikan MB Selangor bukan hanya bersetuju dengan rakan pakatan yg mahukan Khalid Ibrahim. Padahal, semua orang tahu bahawa Khalid adalah MB yg boleh dicucuk hidung dan boleh diheret ke sana ke mari tanpa bangkangan. DSAI sepatutnya mengambil pengajaran dari kegagalan Pakatan Rakyat ke Putrajaya. Kegagalan pasti akan berulang jikalau DSAI dengan sikap lamanya dengan melantik semula Khalid sebagai MB Selagor.
YB Mohamed Azmin bin Ali
Timbalan Presiden PKR
Pengerusi Majlis Pimipinan (PKR) Negeri Selangor