"Mirip saya, cuma perutnya jauh lebih buncit daripada saya, kalau lihat perut saya lain" kata Anwar Ibrahim dalam sidang akhbarnya berkaitan isu pendedahan video adegan seks yang dikaitkan dengan dirinya sebagai pelakon utama.
Kata Anwar lagi, beliau berada dirumah bersama ahli keluarga dan beberapa orang kakitangannya berdasarkan pada tarikh dan waktu aksi tersebut dirakamkan.
Tak sangka, ada rupanya lelaki lain di Malaysia ni yang rupanya betul-betul mirip Awar Ibrahim. Bezanya cuma diperut...lelaki yang kantoi dan dirakam melakukan aksi seks dengan perempuan cina disebuah hotel perutnya buncit sedikit dibandingkan lelaki yang dituduh meliwat Saiful Bukhari.
Tapi itu penafian Anwar semata-mata. Orang tengah terdesak akan mencipta pelbagai alasan untuk melepaskan diri, dan Anwar menggunakan alasan perut. Pihak polis perlu menyiasat video tersebut dengan segera. Gunakan tenaga pakar yang arif dan mahir dalam bidang tersebut.
Tidak mustahil lelaki didalam video tersebut adalah dirinya sendiri. Mungkin sebelum melakukan seks tu, dia makan dengan kuantiti yang agak banyak. Itu sebabnya perut beliau jadi lebih buncit daripada biasa. Maklum lah, banyak nak pakai tenaga.
Sama-sama kita tunggu apa perkembangan dan kesudahan isu video lucah ini.