Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Monday, March 7, 2011

Majlis Pelancaran Buku Jingga Tak Dapat Sambutan.



Pada hari J umaat, 5hb yang baru lalu, KERAjaan PR Selangor telah menganjurkan Majlis Pelancaran Buku Jingga di Stadium Malawati.

Sepatutnya majlis tersebut dijadualkan bermula pada jam 7.00 malam, namun terpaksa ditangguhkan hingga pukul 9.30 malam kerana sambutan yang diterima amat hambar sekali.

Sebelum itu, KERAjaan PR Selangor heboh memukul gendang dan mencanang kehulu kehilir kononnya majlis tersebut akan menerima sambutan yang hebat dan gegak gempita kerana bakal dihadiri oleh 10,000 orang penyokong pakatan.

Tapi hajat tersebut tidak kesampaian, kerana setelah dicongak-congak oleh penganjur, jumlah yang hadir hanya disekitar 1000 orang sahaja.

Itu pun setelah dicampur sekali dengan petugas-petugas majlis, kaki tangan kerajaan negeri serta penghulu-penghulu mukim yang dipaksa hadir.

Hadi Awang dan Lim Kit Siang memang sudah dari awal menolak untuk hadir, manakala Anwar Ibrahim pula menarik diri disaat-saat akhir.

Hanya Wan Azizah yang hadir mewakili PKR. DAP pula diwakili oleh Tan Seng Giaw dan Hasan Ali sendiri mewakili PAS.

Khabarnya, Hasan Ali selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur amat malu dengan keadaan tersebut. Tambahan pulak yang hadir kebanyakannya adalah penyokong PAS dari kawasan beliau sendiri. Sedangkan kehadiran penyokong DAP dan PKR boleh dikira dengan jari.

Untuk 'cover' malu serta meyelamatkan punggung sendiri, maka cepat-cepatlah Hasan Ali buat pengumuman dengan bagi alasan kononnya ramai penyokong PR yang tak dapat hadir kerana mereka pergi berkempen di di PRK Merlimau dan Kerdau.

Tapi itu hanya alasan yang direka-reka.

Rupa-rupanya penyokong Pakatan Rakyat sendiri tidak berminat dengan buku jingga kerana mereka tahu apa yang terkandung didalamnya adalah penipuan, janji-janji palsu dan dipenuhi dengan angan-angan Mat Jenin Pakatan Rakyat semata-mata.