Kira-kira 200 orang ahli PKR berketurunan India daripada DUN Semenyih mengambil tindakan bijak dengan mengisyharkan diri meraka keluar dari PKR@Parti Kencing Rakyat. Mereka juga telah memberikan ikrar taat setia kepada ADUN Semenyih, YB Datuk Hj. Johan Abdul Aziz yang juga Ketua UMNO Bahagian dan Pengerusi BN Hulu Langat. Sumber disini.
Memandangkan rata-rata mereka adalah dari golongan belia, maka mereka telah sepakat untuk menubuhkan Persatuan Belia Bell Tamil disana.
Kemelut dan keretakan PKR di DUN Semenyih memang sudah lama berlaku. Seorang ahli PKR pernah meluahkan perasaan tidak puas hatinya berkaitan kelembapan PKR Semenyih dalam merangka aktiviti-aktiviti dan program-program yang berfaedah untuk orang ramai selain hanya mementingkan perut dan poket sendiri, serta hanya pandai menyalahkan UMNO. Baca disini
Mungkin sebab utama mereka mengambil tindakan tersebut adalah kerana rasa tertipu dengan perjuangan tak tentu hala dan tanpa hala tuju PKR. Atau mungkin jugak mereka sudah bosan dengan pemimpin-pemimpin PKR yang hanya pandai menabur janji...tapi tak pernah ditunaikan.
Harap-harap penyokong PKR di DUN Kajang dan DUN Dusun Tua juga mengambil tindakan bijak dengan mencontohi apa yang dilakukan oleh ahli-ahli PKR DUN Semenyih tersebut. Jangan tunggu lama-lama. PKR yang diterajui oleh peliwat tegar sudah semakin nak karam.
Tiada apa lagi yang boleh diharapkan dari parti tersebut yang hanya sibuk menguruskan nasib pemimpin agungnya yang dituduh meliwat.
Tahniah kepada YB Datuk Hj Johan Abdul Aziz atas kesungguhan dan usaha tanpa mengenal penat lelah yang ditunjukkan beliau dalam memperjuang, mempertahan dan memperkasakan UMNO Bahagian Hulu Langat.
Datuk Hj Johan Abdul Aziz