Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Sunday, March 27, 2011

Tahniah Pemuda BN! Pemuda Pakatan Haram Pasti Iri Hati.



Seperti yang dijangka, program Karnival Kerjaya Pemuda BN 2011 yang berakhir hari ini mendapat sambutan hebat dan amat-amat menggalakkan daripada golongan muda. Program yang disokong dan disertai oleh 650 agensi  kerajaan dan syarikat swasta itu menawarkan 40 ribu peluang pekerjaan.

510 ribu!...diulangi, 510 ribu golongan muda dari pelbagai kaum lelaki dan perempuan telah mengunjungi karnival tersebut untuk mengintai dan mencari peluang pekerjaan. 

Kalau nak harap pemuda Pakatan Haram buat program-program berfaedah macam tu...kirim salam saja lah. Yang puak-puak tu tahu hanyalah berpolitik, menyumpah seranah dan memfitnah kerajaan 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 30 hari sebulan dan 365 hari setahun.

Lepas tu menyusahkan orang ramai dengan membuat demo haram ditepi jalan atau didepan masjid macam yang Ketua AMK Pusat, si Sam Kemetot buat baru-baru ni. Dengarnya penuh sesak Masjid Jamek Kuala Lumpur dengan kehadiran 20 ribu..ehhh! 20 orang pemuda AMK yang terkinja-kinja macam beruk kena belacan..kah..kah..kah! baca disini

Padan dengan muka Sam Kemetot. Dengarnya bila demo yang dia buat tu langsung tak dapat sambutan, dia tak tunggu lama..terus cabut balik rumah sambil tertunduk dan tersipu-sipu malu.

Pemuda PAS pulak dulu bukan main sibuk nak mengumpul 10 ribu orang pemuda untuk kepuncak Genting Highland..kononnya untuk berdakwah. Tapi sampai sekarang apa yang diheboh-hebohkan tu tak jadi apa dan disenyapkan. Setakat retorik saja lah.

Kepada Pemuda BN mahupun Pemuda UMNO, teruskan menganjur program-program yang boleh memberi faedah kepada golongan muda. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Biarkan Pemuda Pakatan Haram terjun dengan labu-labunya dan terus tenggelam dengan kebodohan mereka.

Tahniah Pemuda BN!