Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Tuesday, March 1, 2011

Membelakangkan Kuasa Sultan: Kerajaan PR Selangor Masih Besar Kepala.



Makin meluat tengok gelagat pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang memerintah Selangor sekarang ni.

Ada-ada saja benda yang dibuatnya untuk memperlekehkan Tuanku Sultan Selangor.

Dulu ADUN Seri Muda dah hina dan menghasut rakyat bangkit menentang Sultan. Bila YB bingai tak sedar diuntung tu dah kantoi KERAjaan Selangor pandai-pandai pulak rembat duit rakyat untuk tanggung kos guaman.

Pemimpin dia yang buat salah tapi rakyat pulak yang kena tanggung bebannya.

Pertengahan bulan lepas Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri pulak buat hal dan tunjuk besar kepala.

Belum sempat majlis watikah pelantikan disempurnakan oleh Tuanku Sultan, Dr. Halimah Ali pandai-pandai pulak mengumumkan siapa bakal dilantik menjadi Canselor Universiti Selangor.

Memanglah Tuanku Sultan dah beri perkenan melantik Raja Arshad mewakili baginda sebagai Canselor Unisel, tapi apa yang perempuan tu buat tak betul. Mengapa dia pulak yang tak menyempat-nyempat nak umumkan siapa yang dilantik?

Nak tunjuk hebat ke Dr. Halimah?

Sedangkan kalau diikut perlembagaan Unisel sendiri, dah termaktub bahawa Canselor Universiti Selangor adalah Tuanku Sultan atau wakil yang dilantik oleh baginda sendiri. Bukannya dilantik oleh KERAjaan negeri, jauh sekali oleh Mak Limah kita.

Mak Limah tak payah lah nak sibuk-sibuk masuk campur dalam urusan dan tanggungjawab Tuanku Sultan. Semua orang tau, portfolio politik Mak Limah ada kaitan dengan pendidikan tinggi.

Tapi janganlah sampai urusan Unisel pun nak dipolitikkan jugak. Nanti bila timbul macam-macam masalah, rakyat jugak yang susah.

Mak Limah jaga saja lah kerja Mak Limah baik-baik.

Mak Limah dan kawan-kawan YB Mak Limah yang lain jangan lupa, negeri Selangor yang kami sayangi ni bukan tak bersultan. Jadi jangan nak buat sesedap rasa dan sesedap hati je.

Ingat tu!. Rakyat dah makin meluat dengan Pakatan Rakyat kat Selangor ni.