Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Monday, March 28, 2011

Isu Video Seks: Ahli Parlimen Hulu Langat Salahkan Tun Mahathir, Datuk Seri Najib Dan Ulamak?



Kesian Ahli Parlimen Hulu Langat. Dah tak berapa sihat semenjak dua menjak ni. Yang tak sihat bukan badannya..tapi fikirannya. Untuk membuktikan YB Che Rosli dah tak berapa sihat fikirannya, mari kita baca apa yang beliau tulis didalam akaun FBnya :-

"insaflah Melayu serta pimpinan negara....."

by YB Dr. Che Rosli Che Mat on Monday, March 28, 2011 at 10:51am"

"sekian lama, bermula daripada Tun Dr Mdhir sebagai pembuka kelambu liwat hinggalah ke hari ini, rakyat Mlaysia dipaksa mendegarnya melalu kaca tv saban hari hingga kini sekalian rakyat sudah mual mendengarnya. Ayam jaguh Tun yang bernama Najib dengan muka selamba membiarkan isu ini berlegar diseluruh pelusuk negara. Tukang dakwa, ahli nujum negara, hulubalang-hulubalang setia bentara, tok-tok yang bergelar ularmak pun angok patuh membenarkan.....tujuannya satu. KUASA....!!!!!!!!


Kepada mereka yang terlinbat "KONSPIRASI" serta T tiga abdul yang sesat lagi menyesatkan ini, dan juga kepada pengampu negara zulnodin serta rakan sepenjilatnya marilah kembali ke pangkal jalan.......sebelum nyawa kamu dicabut oleh malaikat maut....." sumber disini

Orang lain yang meliwat..orang lain yang dikatakan berzina, tapi orang lain pulak yang Ahli Parlimen Hulu Langat sarankan agar insaf dan kembali kepangkal jalan sebelum nyawa dicabut malaikat maut.

Analoginya lebih kurang macam ni lah. Suatu hari, si A pergi mencuri nangka masak disebuah kebun. Dapat saja nangka tu terus dibaham...sampai habis bajunya terkena getah nangka tersebut.

Lepas dah kenyang, si A pun pergi melepak bersama kawan-kawannya. Bila kawan-kawannya nampak kesan getah nangka dibaju si A, mereka pun bertanya kepadanya " apa kena dengan baju kau?". Si A pun ceritalah apa yang dia dah buat. Bila si A dah habis bercerita kawan-kawannya pun cakap "Ni semua salah tuan pokok tu...kalau dia tanam nangka yang kurang sikit getahnya, baju kau takkan jadi macam ni."

Kah...kah...kah...kah...kah!.......

Alahai YB, apa pulak kena mengena Tun Mahathir dan Datuk Seri Najib dalam aktiviti songsang Anwar tu? Bukan Tun Mahathir yang suruh Anwar meliwat. Bukan jugak Datuk Seri Najib yang suruh Anwar pergi mengawan dengan pelacur tu.

Mat Sabu dan Mustafa Ali sendiri dah tengok video tu dengan mata kepala diaorang. Sampai sekarang kedua-duanya senyap tak berbunyi. disini. Sampai kat YB...tiba-tiba pulak YB cakap itu semua konspirasi.

Kalau apa yang Mat Sabu dan Mustafa Ali nampak dalam video tu bukan Anwar Ibrahim, percayalah YB...pasti mereka berdua takkan menyempat-nyempat buat sidang media dan mengatur ceramah untuk memberitahu kat penyokong-penyokong PR bahawa lelaki dalam video tu bukan Anwar Ibrahim. Betul tak YB?

YB jangan lupa, rakyat pun dah muak dengan gelagat PAS yang selalu perasan parti merekalah yang paling serba sempurna. Rakyat pun dah muak dan menyampah dengan gelagat pemimpin-pemimpin PAS yang nampak patuh sangat dengan DAP tu....dan rakyat pun dah mual nak muntah dengan anggapan penyokong-penyokong PAS bahawa pemimpin-pemimpin PR sentiasa suci murni dan takkan melakukan salah silap. Ingat tu YB.

Jadi YB tak payah lah tuduh itu semua konspirasi lah, itu lah...inilah. Jangan cepat melatah. Biarkan pihak polis yang siasat. Lagi bagus kalau YB jaga kawasan YB dan jaga warga Hulu Langat baik-baik.


p/s: Ada yang kata tak berapa jauh dari pejabat YB di Prima Saujana ada satu premis casino online/mesin judi beroperasi. Dah tutup ke belum YB? Kalau dah tutup...Alhamdulillah.