Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Wednesday, March 2, 2011

Mesti Baca: Luahan Hati Otai PKR Di Hulu Langat.

"salam dan selamat sejahtera .... piliharaya hampir dekat tp pkr ranting (adeke) ngan cabang senyap jeee (masih tak sekepala ke lepas pemilihan) ... takan nak tunggu pilihanraya ... baru nak menagih simpati ...
budget takde ?? .. nak buat pun kena pakai duit sendiri ?? ... ummm pelik bin ajaib .. negeri dah bawah kerajaan pakatan ... ahli majlis semua pakatan rakyat ... takan makan sorang ... atau bagi org umno gak ... atau nak telus ...
hello .... hello ... bersepakat lah ... bagi lah org pkr projek sikit .. kalau dia takde pengalaman bagi kerja kecik2 dulu ... sampai bila kontraktor nak ader pengalaman kalau tak bg peluang ... at least adalah duit dia nak support majlis yg kau org nak buat ....
aku masih ingat masa aku jadi exco cabang (tak perlu tahu mana lah) tahun 1999 / 2000 (tak silap aku) ... dah jadi ex pun ... masa tu pkr mmg susah ... pakai duit sendiri je ... sampai bini pun bising .. duit keluar .. polis duk perhati ... susah kan ... masa tu boleh lah terima susah sbb pakatan rakyat tak de negeri lagi yg bwh pentadbiran nya ... 
aku ingat zaman sekarang pkr mewah lah ... ajk semua ader lah gaji sikit .. rupanya susah gak .. 
baru aku tahu kenapa program kurang ... mungkin nak telus dr pentadbiran ... alhamdulillah ... bagus .. aku puji ... tp takan nak telus sampai program rakyat takde ... jgn kerana telus nanti pilihanraya pentadbiran bertukar ... last2 jadi telo ... umno bantai pakatan ... apa kau org buat .. duk senyap ... 
kau org ingat semua rakyat ader internet atau komputer kee ... boleh meneliti mana yg betul n salah .... kalau umno org duk berebut jawatan .. baru cawangan ... sbb diaorg tahu dgn cara ni boleh lah dpt projek skt ... duit ni lah diaorg support buat program .... 
kita .. telus !!! .. hahahahhaaha ... sampai takde sapa nak jadi ajk ranting mahupun cabang ... bukan takde .. adalah .. tp org tak rebut ... sbb kena keluar duit sendiri .. dahlah keluar duit sendiri .. kena sekali selangor tukar bn ... abislah mereka yg jadi ajk ni .. terutama berniaga sendiri .. mmg kena blacklist .... susah kan ...
berubah lah kalau nak rakyat mengundi lagi ... jgn ckp kalah bn main kotor .. tapi kau org sendiri yg tak tahu berpolitik ... oklah ... taknak ckp byk ... aku ni kutuk jee .. tp aku tetap penyokong setia PKR ... no ahli pun bawah 1000 ... hidup PKR .. akhir kata pandanglah cara PAS dan DAP berkerja ..."

sumber disini

Yang meluahkan rasa tak puas hati ini boleh dikatakan seorang yang otai dalam PKR kerana memiliki nombor ahli dibawah 1000. Beliau juga pernah menjadi exco di satu cabang.

Kita boleh lihat betapa kecewanya beliau dengan keadaan ranting-ranting PKR di Hulu Langat. Termasuk lah dengan cabangnya sekali.

Beliau berani dan jujur untuk mengatakan bahawa ranting dan cabang PKR hanya duduk diam tanpa sebarang usaha untuk mengadakan program-program yang boleh memberi faedah dan kebaikan kepada warga Hulu Langat.

Beliau juga nampak sikap sebenar PKR yang hanya tahu melemparkan bermacam-macam tohmahan kepada UMNO, sedangkan mereka sendiri tidak melakukan apa-apa malah tak tahu berpolitik.


Kepada peluah rasa, tinggalkanlah perjuangan sia-sia saudara. Saudara masih belum terlambat. Lihatlah betapa diranting dan cabang-cabang yang lain sudah semakin ramai pemimpin-pemimpin pelbagai peringkat dan rakan-rakan seperjuangan saudara mengambil tindakan berani meninggalkan PKR.

Kerana mereka sedar, mereka sekadar digula-gulakan dengan janji-janji palsu dan hanya dijadikan batu loncatan. Mereka juga tahu, tiada apa-apa lagi yang boleh diharapkan pada PKR.

Agenda perjuangan PKR tertumpu semata-mata hanya pada mempertahankan legasi dan cita-cita politik Anwar Ibrahim dan rakan-rakan rapatnya yang berkepentingan. Bukankah terlalu sempit dan busuk nilai perjuangan itu?


Jangan terus biarkan diri saudara dan rakan-rakan saudara terkontang kanting dipergunakan untuk berjuang dibawah, tanpa diberi sebarang perhatian dan jauh sekali bantuan. Sedangkan orang-orang yang bersungguh dipertahankan diatas sana sedang menikmati segala-galanya.

Tinggalkahlah perjuangan yang sia-sia itu. Saudara dan rakan-rakan saudara masih belum terlambat!