Kepada Hannah Yeoh, Jabatan Pendaftaran bukan biro parti DAP...
Selasa, 07 Jun 2011 23:16 AHMAD BIN HASSAN
Pemimpin DAP kini sudah macam 'kadok naik junjung', saya perhatikan dari hari ke hari tindak tanduk mereka semakin menyakitkan hati. Terbaru mengenai kerenah seorang ADUN DAP Selangor Hannah Yeoh (gambar) yang buat bising sebab tidak dapat daftar anak perempuannya yang baru lahir berbangsa 'Anak Malaysia'.
Perangai Adun berbangsa Cina yang kahwin dengan lelaki India ini sungguh menyakitkan hati, kerana bagi orang Melayu macam saya, ia merupakan satu provokasi.
Sementelah, ini bukan perkara baru, sejak menang besar dalam PRU 12, dan sejak rasa sokongan Cina kepada DAP makin kuat, makin menjadilah provokasi dari parti DAP dan wakil rakyatnya.
Ingat lagi kes Teresa Kok dengan isu tulisan semua bahasa di papan tanda? Ingat lagi kenyataan Lim Guan Eng hendak buat pilihanraya majlis pembandaran? Kini di Selangor pemimpin DAP yang pekerjanya ditemui mati di bangunan SPRM heboh hendak buat pilihanraya pilih ketua kampung.
Paling baru, sebelum kes daftar nama ini adalah tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang mahu mengadakan pilihanraya pilih jawatankuasa masjid.
Pemimpin DAP macam hendak mendefinasikan semula apa yang sudah disepakati oleh tok nenek moyang kita. Orang Penang kata, "semua benda nak rosek".
Ini amat tidak elok, dan dikuatiri boleh membangkitkan suasana tidak tenteram. Bukan sahaja dikalangan orang Melayu macam saya, tetapi dikalangan kakitangan awam yang terpaksa layan macam-macam kerenah puak-puak pembangkang dari DAP ini.
Dalam kes Hannah, dia kahwin dengan lelaki India, dapat anak, tapi tidak mahu letak keturunan anak dia samada Cina atau India, jadi pegawai kerajaan di pejabat Pendaftaran suruh letak 'lain-lain', dia tak mahu.
Hendak letak juga 'Anak Malaysia'. Kepada Hannah, janganlah ingat Jabatan Pendaftaran itu satu biro parti DAP, yang tidak ada undang-undang, dan SOP untuk dipatuhi, Jabatan Pendaftaran macam lain-laian agensi kerajaan terikat dengan peraturan. Ini bukan biro DAP yang awak boleh main arah-arah saja.
Pegawai itu hanya laksana apa yang diputuskan oleh kerajaan, dan kerajaan laksana apa yang diwartakan oleh penggubal undang-undang melalui Dewan Rakyat.
Kalau hendak ubah, sila bawa ke Parlimen, bising guna media, menyebabkan orang Melayu macam saya yang mahu status quo kekal sepertia sedia ada, rasa menyampah tengok perangai 'gedik' ibu muda ini.
Ahmad bin Hassan
Pokok Sena
Sebarang Perai Utara
Horas! : ADUN DAP ni saja nak cari isu. Benda yang tak boleh dibuat tu la yang dia beriya-iya nak buat. Lepas tu kondem kerajaan....khakkkk ptuiihhhhh!