Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Tuesday, June 7, 2011

Inilah Video Yang Amat Ditakuti Oleh Puak PAS.



Khabarnya Ustaz Kazim Elias yang merungkai permasalahan hukum zina tanpa empat orang saksi ini adalah ahli PAS. Oleh kerana beliau berkata benar dalam ceramahnya, tanpa memihak kepada Anwar Ibrahim mahupun kepimpinan tertinggi partinya sendiri, beliau bakal dipecat keahliannya dari dalam PAS Perak.

Itulah perangai PAS semenjak dulu. Kalau kena pada UMNO bukan main lagi mereka terpekik terlolong mahu ditunjukkan kebenaran, tapi bila kena pada parti sendiri akan disembunyikannya dicelah serban ataupun didalam jubah.

Kalau perjuangan mewujudkan negara Islam boleh dibakul sampahkan dan diganti dengan negara kebajikan...gara-gara takut dengan ugutan Karpal Singh yang mahu mayatnya dilangkah dulu, apa sangatlah kalau setakat nak pecat keahlian Ustaz Kazim Elias.

Nampaknya, demi untuk menjaga hati serta kepentingan DAP dan PKR, PAS akan sanggup menganiaya ahli parti sendiri yang banyak berjasa.