Macam-macam cara dilakukan oleh syarikat pengeluar barangan elektrik untuk melariskan produk keluaran mereka. Cara paling biasa ialah dengan mengiklankannya di TV dengan dihiasi model-model wanita yang cantik lagi bergetah yang boleh menggetarkan kopiah juak-juak PAS.
Maklumlah, juak-juak PAS boleh tahan juga nafsu syahwatnya. Jika tidak, masakan ada yang masih tetap mahu isteri melayan nafsu syahwatnya walaupun tahu si isteri sedang menderita menahan bisul mengening-mengening yang berdenyut.
Ada jugak yang kerana terlebih makan ubat kuat seks yang iklannya berlambak-lambak dalam harakah, tak tertahan nafsu syahwat sampai mencabul budak perempuan yang masih kecil macam yang berlaku di Hulu Selangor.
Eh! daripada cerita iklan peti sejuk dan kabinet dapur, Horas! terlajak pula bercerita pasal nafsu syahwat juak-juak PAS...kah..kah..kah!.
Mari kita balik semula ke tajuk asal. Dalam youtube sekarang ada satu iklan yang mempromosi peti sejuk dan kabinet dapur keluaran terbaru yang diarahkan oleh seorang anak muda berbakat. Gambit Saifullah namanya. Keunikan iklan tersebut ialah ianya tidak diklankan di TV dan ada perempuan yang menyanyi didalamnya.
Sambil menyanyi, perempuan berpakaian seksi tersebut tergedik-gedik menggeliat macam siamang betina yang mahu mengawan di depan peti sejuk dan kabinet dapur yang diiklankan.
Kalau tak silap Horas! tajuk lagunya Marilah. Mungkin maksudnya marilah beli peti sejuk & kabinet ini.
Apabila ditanya kepada anak muda berbakat tersebut mengapa perlu ada aksi-aksi separa lucah dalam iklan peti sejuk dan kabinet dapur yang diarahkannya, jawapannya cukup mudah. Peti sejuk dan kabinet dapur itu untuk pasaran Amerika Syarikat...bukannya Malaysia. Jadi dia tak ambil peduli dengan pandangan rakyat negara ini.
Oh ya! ada yang kata pada Horas! video berkenaan bukan iklan peti sejuk ataupun kabinet dapur, tapi video klip hebat sebuah lagu yang dinyanyikan oleh artis baru yang bakal menggegarkan industri hiburan di Amerika Syarikat kerana kehebatan mutu arahannya.
Tapi entah lah, Horas! tetap melihatnya tidak lebih dari sebuah iklan peti sejuk dan kabinet dapur yang berdurasi panjang...yang penuh dengan aksi lucah didalamnya.
Kalau sanggup, boleh tonton videonya dibawah ini. Mungkin ada yang akan bersetuju dengan pendapat Horas!