Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Sunday, June 19, 2011

Senarai Jawatankuasa Penganjur Bersih 2.0: Siapa Tuan Dan Siapa Barua.




Dibawah ini adalah senarai Jawatankuasa Penganjur Bersih 2.0 seperti yang dinyatakan Ambiga Sreevenasanksahkh. Ambiga juga adalah orang kuat disebalik penubuhan IFC yang akan memberi sokongan moral dan sebagainya kepada sesiapa yang ingin murtad dinegara ini.

1-   Ambiga Sree (Pengerusi)
2-   Mat Sabu (Timbalan)
3-   Andrew Khoo
4-   K Arumugam
5-   Dr Farouk Musa
6-   Harris Ibrahim
7-   Liau Kok Fah
8-   Maria Chin Abdullah
9-   Richard Y W Yeoh
10- Dr Toh Kin Woon,
11- Dr Wong Chin Huat
10- Datuk Yeo Yang Poh
12- Zaid Kamaruddin
13- Dr Subramaniam Pillay
14- Arul Prakkas

Daripada senarai Jawatankuasa Penganjur tersebut, hanya terdapat empat orang Melayu didalamnya. Mengapa ada empat orang sahaja sedangkan majoriti yang bakal menyertai demonstrasi adalah Melayu?

Kalau dilihat daripada peserta-peserta yang bakal terpekik terlolong didalam demonstrasi itu nanti, pasti ramai yang akan menyangka bangsa Melayu sendiri yang tidak berpuas hati dengan sistem pilihanraya dinegara ini.


Tapi hakikatnya, itu tidak benar sama sekali. Sebenarnya yang tidak berpuashati dengan sistem pilihanraya dinegara ini bukanlah bangsa Melayu. Daripada senarai jawatankuasa yang telah diberi, rakan-rakan pembaca yang bijaksana sekalian sudah boleh mengagak kaum mana sebenarnya yang tidak berpuashati.

Kasihan Melayu-melayu yang bakal menyertai demonstrasi tu nanti. Betapa bangangnya mereka semua kerana sanggup menjerit-jerit sampai keluar anak tekak dan sanggup pula menanggung risiko untuk ditahan polis hanya demi memenuhi hasrat "Ambiga and the Gang".

Sekarang siapa tuan dan siapa barua tegar sebenarnya?