Nampaknya tidak sia-sia usaha DAP dan PKR cuba menyingkirkan ulama daripada terus menjadi kepimpinan tertinggi didalam PAS. Kemenangan Mat Sabu mengalahkan Ustaz Nasha, pasti mengembirakan dan membuat Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim mahu pun Karpal Sing tersenyum riang.
Masakan tak tersenyum riang, 'remote control' sudah ada didalam tangan dan tinggal untuk ditekan-tekan sahaja punatnya.
Ada yang mengatakan persetujuan saat-saat akhir Tuan Ibrahim Tuan Man bertanding jawatan timbalan presiden adalah atas pengaruh Nik Aziz yang juga bapa saudaranya. Tujuannya adalah untuk memecahkan undi kepada Ustaz Nasha dan seterusnya memberi kemenangan mudah kepada Mat Sabu.
Tidak sia-sia usaha DAP dan PKR mempengaruhi wali sakti dari Serambi Mekah kerana pengaruh si wali agak besar didalam pemilihan PAS pusat. Kini mereka senang hati kerana Ustaz Nasha yang pernah berusaha untuk menyatukan UMNO dan PAS tidak menghantui mereka lagi.
Tinggallah Hadi Awang terkontang-kanting sendirian diapit oleh sekumpulan manusia yang mempunyai masalah moral dan sikap...Mat Sabu 121, Husam Jamnapari, Din Puduraya dan Mahfuz @ Mr Bean. Jika ditakdirkan Hadi Awang sakit dan sebagainya maka seorang lelaki yang pernah ditangkap berkhalwat, kasar tutur bahasanya dan kuat memaki hamun bila berceramah akan menerajui PAS.
Kini, secara rasmimya DAP dan PKR sudah memiliki sebuah jentera yang besar untuk mereka kerah membuat kecoh dijalanan bagi menekan kerajaan agar tunduk kepada kemahuan dan kehendak mereka. Siapa tidak kenal Mat Sabu yang cukup suka berlagak hero dijalanan?
Dan yang paling penting, DAP dan PKR kini sudah ada pasukan dari kalangan pemimpin tertinggi PAS yang akan sanggup bermati-matian dan bertegang urat leher serta mengarahkan ahli bawahan PAS mempertahankan apa sahaja yang dilakukan oleh Khalid Ibrahim dan Lim Guan Eng di Selangor dan Pulau Pinang.
Ditambah pula dengan kemenangan Husam, maka sempurnalah penguasaan keluarga Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim didalam PAS untuk tempoh tiga tahun lagi.
Tahniah kepada Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim sekeluarga...!
Muktamar dan pemilihan kali ini benar-benar akan merosak dan mereputkan PAS dari dalam.