MASJID KOBE, JEPUN
Masjid Kobe adalah yang pertama dibina di Jepun. Dibina pada tahun 1925, masjid ini kekal utuh berdiri ketika bangunan-bangunan disekitarnya rebah menyembah bumi akibat kesan ledakan bom atom yang digugurkan oleh tentera Amerika Syarikat di Hiroshima dan Nagasaki.
Bangunan ini hanya mengalami keretakan pada dinding luarnya dan kaca pada semua tingkapnya pecah. Warnanya bertukar sedikit hitam akibat kesan asap.
MASJID AN-NUR, CRISTCHURCH, NEW ZEALAND
Gempa bumi berukuran 6.3 Skala Richer di bandar Cristchurch dkhabarkan langsung tidak memberi apa-apa kesan kepada Masjid An-Nur, Cristchurch walaupun bangunan disekitarnya mengalami kerosakan yang teruk dan ranap sama sekali. Yang ranap termasuklah sebuah gereja.
MASJID RAMATULLAH, LHOKNGA, ACEH.
Masjid yang dibina pada tahun 1997 ini adalah satu-satunya binaan yang tetap kukuh bertahan ketika bangunan-bangunan perniagaan dan kediaman disekitarnya hancur berderai dilanda ombak tsunami yang kelajuannya dianggarkan 300 kilometer sejam.
MASJID BAITURRAHIM, ULEELHUE, ACEH
Masjid Batiturrahim juga masih kekal berdiri selepas bandar UleeLhue dilanda tsunami ganas yang merempuh dan menelan apa sahaja yang berada didalam laluannya. Agak terjejas sedikit di bahagian belakang, namun ruang solat utamanya hanya mengalami sedikit kerosakan.
MASJID BAITURRAHMAN, KOTA BANDA ACEH, ACEH
Gambar ini benar-benar memberi seribu pengertian kepada yang mahu berfikir. Lihatlah, ketika keadaan disekeliling masjid tersebut rata bagaikan padang jarak padang tekukur akibat ditelan tsunami yang ganas, Masjid Baiturrahman hampir tidak terjejas sama sekali.
Maha Kuasa Allah SWT yang membuktikan kebesaranNya dengan melindungi rumahNya dibumi daripada ledakan bom atom, gempa bumi mahupun tsunami.
Tapi pada yang tidak mahu berfikir, membina masjid untuk umat Islam solat berjemaah, mendengar kuliah agama dan sebagainya bukanlah keutamaan mereka.
Mereka kutuk dan hina pula pihak lain bersungguh-sungguh membina masjid yang besar, indah dan serba lengkap untuk kemudahan umat Islam beribadat kepada Allah SWT.
Puak manakah itu? Sendiri mau ingatlah. Dinegeri yang mereka menjadi pemerintahnya, 'sebutir' masjid pun tak ada mereka bina. Walaupun saban waktu mereka menggambarkan merekalah pejuang Islam sejati dan lebih Islam daripada orang Islam yang lain.
Yang mereka banggakan di negeri mereka bukan masjid, tapi........
ini....
...ini
dan lagi...
...dan lagi
....dan ada banyak lagi kalau mahu ditunjukkan disini. Saiznya pun bukan calang-calang. Ada yang kedua terbesar didunia, kedua terbesar di Asia dan ada yang terbesar di Asia Tenggara. Ada juga yang tertinggi di Asia.
Di negara ini kita hidup dalam masyarakat majmuk yang rakyatnya mempunyai pelbagai pegangan agama. Kita hormati keperluan mereka pada tempat ibadat yang berkaitan dengan agama mereka. Tapi agak-agak jugalah saiz dan jumlahnya.
Nabi Muhammad SAW dan Nabi Allah Ibrahim A.S musnahkan berhala, tapi di negeri yang digelar 'Serambi Mekah' berhala ada dimana-mana. Sudahlah masjid tak dibina, tapi bila orang lain buat diperlekehkannya pulak...itulah PAS.
Hmmm...maaflah, dari cerita masjid boleh melarat sampai kecerita hapraknya PAS pulak. Bukan apa, Horas! makin lama makin meluat yang teramat sangat tengok perangai juak-juak PAS yang merasa diaorang lah yang paling sempurna agamanya dan serba hebat dalam segala hal tu.